Saturday, November 18, 2017

Thursday, September 28, 2017

Port Dickson

Cerita cuti yang lalu..kebetulan nak balik Sunway..maka singgah sebentar ke PD ni...kengkonon walid nak vacay kat sini lah..tapi tak menjadi..memandangkan Ashraf baru sangat baik demamnya..risau nenek membebel pula kalau si kecik ni demam..jadi kami tak jadi bermalam di sini..

alkisah, walid booked hotel dekat Bukiy Tinggi..plannya balik Sunway dahulu..letak barang. ambil baju baru bagai..esoknya kami ke Bukit Tinggi pula..nantikan entry ibu tentang Bukit Tinggi..

bukan nak bercerita sangat pun..sekadar menyimpan gambar kenangan ke sana sahaja...

psttt..

lepas kami pergi..eh..ramai pulak yg ke sana juga berjalan menikmati keindahan bangunan France..memang cantik lah..suasananya pun sejukkkk aje..

nanti ibu berkongsi lagi yer..😘

Sunday, September 10, 2017

Perkembangan Ashraf 6 bulan

 Perkembangan Muhammad Ashraf Daniel:


Start makan puree..puree yang dah biasa dimakan oleh Ashraf ialah puri carrot, labu, broccoli, pisang, kentang, dan paling ashraf suka ialah kentang mix broccoli..


Pantang kena tinggal sorang-sorang mesti melalak dan nakkan perhatian..


Pantang nampak walid, mesti menangis minta didukung


Over manja dengan walid, walid hilang 360° pusing kepala cari walid


Dah pandai pegang mainan dengan kedua-dua tangan..syabbas bettey..


Dah boleh meniarap dengan jayanya dan kalau tangan tersepit menangis kengkonon ibu walid tolong betulkan tangan dia


Peramah sangat dengan semua orang..lebih peramah dengan LELAKI..


Kuat membebel bila isap sesuatu..seolah nak tumbuh gigi kedua...


Bergolek-golek dengan lajunya..


Percubaan nak merangkak..dah start angkat bontot..patut demam ritu..nak ringankan badannnn..nak merangkak..


Suka mengamuk sorang-sorang kalau tergigit lidah sendiri..