Monday, October 25, 2010

hari pertama aku di sekolah ;)


salam semua..
selamat petang..
sebelum tu nak tanya dulu, korang semua dah makan belum ni? hihi:D bagi yang belum makan tengahari tu baik pergi makan dulu...;) 
actually, roros sedang berlapar ni...walaupun dah makan tengahari tadi:'( 
tapi tak dapat makan sedap-sedap, sebabnya kat sini hujan..ingat nak menapak ke Cafe depan...sekali, hujan lebat sangat la...jadinya roros dengan munira makan tengahari kat cafe tengah jew..
!!!
bersyukur la roros oiiiii!!!
huhu...baikkkkkkk~
dari orang yang kena bencana alam tu lagi la..
tak dapat nak makan...
cian dyowang..
kita sama-sama doakan mereka ok?
insyaAllah ada rezeki buat mereka..
amin ya rabb..
hari ni hari pertama aku kat kolej..
alhamdulillah, proses pembelajaran seperti biasa..
tapi kan...huhu...mau mengeluh lagi ni...
ape la aku neh!
tapi ni serius ni nak beritahu kat korang semua...
dari pagi aku duduk dekat kelas yang sama....;)
nasib baik la lecturer yang masuk bagi setiap madah(subjek) tu berbeza..
kalau lah semua yang mengajar tu adalah orang yang sama..
alamat...
masuk angin keluar asap jela aku ni!
dan ape yang selalu orang-orang tua gunakan tu? yang lagi satu tu....
haaaaaaa!!! bagaikan mencurah air di daun keladi..:P
mang la tak melekat kat dalam otak c roros nih...:P hihi:D
nak tahu tak semua?
aku suka sangat hari ni..
ade vocab baru yang aku dapat...
biasa la kan..orang belajar bahasa mang cam gini la..
ada je perkataan baru mesti kena salin dan hafaz..
kalau tak mang la tak ingat dan lagi satu banyak jumlah-jumlah ataupun ayat-ayat baru yang aku dapat dan aku akan cuba praktikkan..
sem depan merupakan sem pendek bagi aku...
dah kena mumarosah dengan bahasa Arab..
insyaAllah...
aku yakin aku boleh kalau aku praktikkan dengan kawan-kawan..
ape yang penting semua maharat(kemahiran) perlu diamalkan dengan segera..
semester ni memang aku dah tanamkan azam...kalo masuk kelas je..aku dengan mun nak mumarosah fi al-kalam...(sentiasa bercakap dalam bahasa Arab)
pagi tadi aku bangun awal tau!
alhamdulillah tertunai gak hasrat nak buat solat sunat..
kena istiqamah ni roros!
jangan cakap jew!
korang pulak macamana?
hihi:D
ke dengar azan korang tarik selimut ni?
*joking*
insyaAllah....kalo kita istiqamah lakukan benda yang baik, pasti Allah akan bantu kita dan DIA akan sentiasa mengingatkan hamba-hambanya..
dengan cara apa, itu cuma kita je yang tahu nanti...
yang pastinya usaha untuk bangun dan lakukan amalan sunat..
buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa pown cuma kita digalakkan oleh Nabi kita Muhammad S.A.W agar melakukan amalan-amalan sunnah..
solat sunat tu kan diantara sunnah nabi..:)
 yang tak pernah buat seumur hidup dia tu..
baik buat dan amalkan dari sekarang~ ok?:)
cekian kisah tersebut..
hari ni sebenarnya banyak sangat nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh para pensyarah aku..
lect roros cakap, kita ni jangan ambil mudah dengan ilmu..
dan kalau boleh biar la kita berpenat lelah didalam mendapatkan ilmu tersebut...
bagus sungguh lect roros tu, beliau dulu student UIAM, aku mang kagum la dengan beliau!;)
dan lagi satu, apa yang aku perlu ingat, mulai dari hari ni, kalau boleh aku nak ulang balik apa yang pernah aku belajar dari semester yang sebelum3nya.. dengan tujuan aku ingat apa sahaja yang telah aku pelajari!
ingatkan roros ni ye kawan-kawan!;)
terkadang aku ni leka ya amat!
insyaAllah, kalau kita sama-sama saling ingat mengingati...
pasti kita akan temui KEJAYAAN bersama-sama!
tak gitu?;)
ok, cekian cerita dari roros untuk hari pertama ni..
korang pulak macam mana?
ape cer?:P
hehe...
peace all! v(^_^)