Friday, January 20, 2012

Allah sebaik-baik perancang~

ya Allah, betapa bersyukurnya aku hari ni..tak sangaka rezeki dari Allah tu sampai sehinggakan dua tawaran sekaligus..memang syiokkkkk habis! :)
syukur Alhamdulillah, tak putus-putus ungkapan kalimah thoyyibah ini keluar dari mulut tatkala menerima mesej dan juga call untuk ditemuduga..
pada awalnya terfikir untuk mengabaikan mesej tersebut dari pengetahuan mak dan juga abah..kononnya nak tunggu GSTT la, tapi kerana terlalu eksaited untuk berkongsi kegembiraan ini, ku bawa hape (handphone) masuk ke bilik mak..suruh mak baca sendiri mesej yang diberikan oleh mudirah SMA Saran..syukur ya Allah..ketika mahu menelefon kembali ke sana..ada panggilan masuk dari Sekolah Menengah Agama Al-Hidayah, Johor Bahru..suruh datang temuduga esok..

tiba-tiba mak tersenyum dan berkata: ha..bila tak ada tawaran tu..bising mulut aku ni nak kerja la apela bagai..bertanya nape kerja tak ade la..bila dah nak kerja tu..sampai dua sekaligus dapat..then kitorang sama-sama gelak...manakan tidak, dua tawaran sampai dalam satu masa yang sama..

lepas tanya keputusan dari mak dan juga abah..mak n abah cadangkan pergi je yang dekat Rawang ni sebab abang ade kat sana..senang nak jenguk-jenguk sekali..pastu plak dekat Johor tu kos hidup tinggi..jadi ros pown decide terus untuk pilih Rawang..SMAS..insyaAllah dengan niat nak bantu adik-adik kat sekolah agama ni..moga dengan perkongsian ini Allah akan bantu lagi ros dalam memahami lagi Bahasa Al-Quran ini..tak mengambil kira langsung akan gajinya berapa..sebab bagi ros cukup la bila dapat tahu ros dapat mengajar dua sesi..petang dan juga pagi..sekolah menengah dan juga sekolah rendah..:) Alhamdulillah..tak sabar rasanay sebab inilah yang selalu ros mintak dari Allah..mohon banyak-banyak dari Allah untuk mengajar..

semalam ada kisah sedih yang berlaku dan sangat jauh rasenya dari semua orang..jauh hati, sedih hati semua yang berkaitan dengan HATI..haish..mintak dijauhkan dari penyakit hati dan berjaga-jaga dengan HATI..
tapi setiap yang berlaku tu ade hikmahnya dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik dan sebaik-baiknya buat kita smeua..
dan sekarangggggg..
ros telah pown berada di Taman Tun Teja, Rawang..Alhamdulillah..
sebab emak dan abah mungkin busy untuk hantar ros, jadi abang ros bali melaka tadi amik ros dan insyAllah 24 nanti akak ipar dan abang yang akan hantar ros ke skolah tuuuuuuu..

sentiasa berdoa agar aku diberikan kekauatan untuk berkongsi ilmu dengan semua adik-adik diSMAS..
ya allah..jadikanlah aku seorang pendidik yang dapat mendidik anak bangsa ini dengan baik...moga engkau yang maha pemurah dapat memudahkan segala urusanku disana nanti..insyaAllahhhh..:) amin3..amin ya Allah, ya Rahman, ya Rahimmmmm..:)

doakan ros terus berjaya ye! 
dan ingatlah bahawa Allah sebaik-baik perancang..sebab dari semalam ros duk sebut sedih-sedih..kusut dan rasa serabut sangat-sangat..tapi inilah jawapan yang terbaik dari Allah..alhamdulillah..:)

koranggggggggg! 
rindu kat emak..huuuuuuuuuuuu..:'(