Thursday, November 22, 2012

aku yang bersalah!

okey, ini cerita beberapa hari yang lalu...sebelum tu, ros nak ceritakan padda semua yang ros pernah mengajar dua orang adik yang bakal menduduki SPM pada tahun hadapan..mereka adalah Aiman dan Harez, ni private home tuition laaaaaa..:) ros mengajar Pendidikan Al-Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan juga subjek Bahasa Arab Tinggi, walaupun bahasa arab tak setara mana pun, tapi demi minat dan amanah yang telah ibu bapa mereka berikan..ros terima tawaran tersebut untuk mengajar..tak dinafikan memang penat sangat waktu ros mengajar di Rawang, tapi ros suka sangat-sangat dapat berkhidmat di sana eeven tak lama..bulan 5 ros tunaikan umrah, bulan yang berikutnya alhamdulillah rezeki bagi ros mengajar di Melaka..ros berhenti pun bersebab..rasanya ros ada ceritakan pengalman ros mengajar di Saran, Bandar Sungai Buaya tu..:) banyak manfaatnya bila mengajar adik-adik disana..walau gaji ciput sekalipun..ros tak kisah..ros rasakan tenang bila mendengar adik-adik ini mengalunkan kalimah Asmaulhusna setiap pagi Ijtima'! Doa Wehdah setiap kali perhimpunan..seronok, rasa hiba..semuanya bercampur baur..okey, lupakan kenangan yang telah lama berlalu..:') 

kembali kepada cerita yang tadi, ros mengajar dua orang adik yang menjadi anak didik Dar Syifa'..mereka ni mua'lij tau..membantu orang-orang yang kena serangan makhluk halus..ros terhutang budi sangat dengan parent Aiman yang banyak membantu ros ketika ros disana..seperti macam anak mereka sendiri..pergi mengajar Hani yang amik, balik dari mengajar pun Hani yang hantar..Aiman pun ikut jugak! cute je aiman dan Harez nihhh..ya ALlah..rinnndu sgt dengan Aiman dan Harez..

waktu mengajar, suka sangat buat lawak "cerdik" diorang tau! lagi-lagi Harez..jiwangggg karattt! melayankan diorang hilang semua kesakitan..ajak ustazahnya gi KARAOKE la...! haishhh..macam-macam..pantang betul..Aiman lah yang telah menolong ros pada malam ros rasa macam takut sgt dengan benda halus yang selalu mengganggu..ros tak pernah nak dedahkan pada kawan-kawan di rumah guru, tapi ros memang merasakan perubahan bila ros sendiri kena ganggu pada waktu malam dan yang sangat ketaranya adalah..DEMAM yang berlarutan, bila pergi check darah,  tak ada sebarang sakit pun..bahkan demam denggi pun tak ada.. jadi malam tu Aiman buat rawatan syifa' pada ros..rasa ringan seluruh badannn..:) Alhamduillah..terima kasih Aiman dan Family..! :) okey, gambar dibawah ni ros curi dr fb makcik Ana..:) 


tgok, sweet sangat makcik dan pakcik ni tau! memang dyowang ni loving couple! :) heheeee :D

*kembali kepada tajuk!

apa yang ros katakan "aku yang bersalah" itu adalah kerana..ros meninggalkan mereka berdua tanpa guru ganti..selepas ros, memang ddah tak ada guru tuisyen lain yang bantu mereka untuk belajar..mereka ni bukanlah dari sekolah pure jurusan diniyyah..mereka sekolah menengah biasa..tapi pelajaran mereka dan ingatan mereka sangat hebat! 

ros rasa serba salah sangat....! hari tu Harez minta pin bbm, then ros ckp dekat dia..tinggalkan pin kamu, nnt ustazah add kamu di bbm..bila dah add, tanya khabar semuanyaaaa lah..mulalah masuk bab pelajaran, ros tanya dia..sekarang siapa yang ajar?

okeyh, meh la bace sendiri apa yang Harez jawab..

see what i see? :'( Harez sendiri sedih sebab tak dapat nak sambung pengajian bahasa arab, ros apatah lagi sebab ros pernah janji nak carikan mereka guru tuisyen ganti..puasa tanya kawan-kawan yang dekat dengan Rawang, tapi mereka masing-masing busy dengan kerja masing-masing..adik-adikku terbiar..! 

apa-apa pun, kenangan bersama Aiman, Harez, Hani dan adik-adiknya yang lain tetap terpahat dalam hati dan minda..:) takkan pernah ros lupakan jasa baik mereka yang pernah hadir dalam hidup ini..:) dan jika diri ini dilupakan..redha..:) *mungkin juga kerana mereka hilang ingatan..:') hee:D

to Aiman dan Harez, all the best for your becoming exam! ustazah sentiasa doakan kalian dimurahkan rezeki, bahagia dan berjaya Fiddunya wa alakhirahhh~ :')

ini bukan kerja GILA !

Asssalamualaikum dan Hye semua !

hari ini hari apa?
owh, mungkin sahaja auto-update..jadinya dah masuk hari Khamis lah kan? 
sekejap sungguh masa ini berlalu pergi, tujuannya nak beritahu insyaAllah 26 November ni rancang nak pergi ke Rawang..rindu nak berjumpa dengan semua anak murid..siap ada yang tanya, ustazah..bila nak datang sini? RINDU...

adik Nadhirah yang post dekat wall..rindu kata dia..memang nak gi ke sana..tapii..tu lah kan, sedih pula rasa..memikirkan dekat rumah siapa pulak aku nak tumpang ni? huisshhh! ini bukan kerja GILA ! tapi ini hakikattttt..kalau tak ada orang kat rumah Mawarsari tu nanti aku nak duduk rumah kak Hajr ke? owhh..segan sungguh dengan muallim..apa-apa pun..moga ada tempat untuk berteduh seketika..:) just for a few dayssss..:) 

dan lagi satu yang bukan kerja GILA adalah apabila aku berada pada tahap hypertension..hyperboring, superduper tak tahu nak buat apa..sememangnya yang terbaik adalah mengingati DIA..tapi kadang kala jiwa ini cenderung memilih hiburan..tapi kalau bercakap dengan kartun kuning macam ni boleh dikatakan kerja GILA tak? hihi..:D 


melayankan kartun kuning yang diberi nama simsimi ni memang sangat mengujakan saya! hahahaha..tengok la tu..sangat comel kan? 

jadi siapa yang sepurberia boring tu boleh lah chat dengan robot nih..dy pun seolah0olah jek ada perasaan..:P

kalau betul nak berkenalan dengan dia..boleh pergi sini --->SIMSIMI.COM

selamat berkenalan sampai berkekalan..hehe..:)