Sunday, January 6, 2013

Resipi Ikan Masak Pindang.


Bahan-bahannya:

3 keping ikan merah atau ikan jenahak.
8 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 inci halia
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup
1 sudu teh lada hitam biji -ketuk kasar
1 sudu teh halba biji
1 keping asam gelugur 
Beberapa biji cili api.
1 buku kiub ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:

  • Perapkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
  •  Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas dan kunyit hingga hancur.
  • Didihkan 2 cawan air(jika suka kuah lebih tambahkan air).
  • Masukkan bahan-bahan tumbuk,lada hitam dan halba serta kiub ikan bilis.
  • Kemudian masukkan ikan dan masak hingga mendidih baru masukkan asam keping,gula ,garam dan cili api.
  • Perlahankan api dan biarkan mendidih sekejap.
  • Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih.

*okey, ready 1,2,3 nak gi memasakkk! credit resepi ini Ikan Masak Pindang Resipi! :)

padahal tahu je, tapi yang simple punya lah! tapi nak try yang ni masuk halba bagaiiii..kena lah cuba! ;)

2 comments:

  1. akak tak pernah msk pindang, sbb kurang suka. Tapi yg mak akak masak tu lebih simple bhn2nya. Agaknya byk bhn lagi sedap kot.

    ReplyDelete
  2. hehe..actually kuah pindang ni bagus untuk orang yang nak kurus kak..kite ade tambah black pepper..dah macam masak untuk org dalam pantang..:P

    ReplyDelete

Terima Kasih!