Saturday, January 5, 2013

Tanggungjawab Seorang Isteri Salah Satu Darinya Adalah Jaga AIB Suami.


bismillah,

nak cerita tentang AIB, sebagai seorang isteri kepada seorang suami..sudah semetinya banyak tanggungjawab yang perlu juga dipikul, bukan sekadar menyediakan makan, pakai, menjaga anak-anak. Bahkan tugas seorang isteri juga adalah menjaga AIB suaminya..

walaupun perjalanan ros masih jauh untuk satu tahap yang dipanggil ISTERI, tapi tidak ros nafikan..orang sekeliling ros semuanya sudah pun melalui FASA / ALAM pernikahan. Tahniah! tapi jangan pula kita salah gunakan nama baik sebagai seorang isteri untuk memburuk-burukkan suami. dan jangan pula sesekali sang isteri melayan suaminya dengan buruk dan kasar. ini merupakan dari pengalaman ros sendiri. 

yelah, bukan ros sekadar mengadap laptop seharian..tidak! ros juga berkawan dengan semua orang! tidak kira lah kakak, adik abang, pakcik makcik, cikgu cikgi, semua ros kawan..berhubung dengan mereka semua apatah lagi pernah juga melihat situasi-situasi seperti mengaibkan suami dihadapan mata.

ros ni kan style yang suka jalan sorang-sorang, pergi beli barang pun kadang kala sorang-sorang..dah terbiasa..dan rasa owh, dunia ini aku yang punyaaaaa! hehe..

pernah satu ketika, ros terpandang sepasang suami isteri ni, suami dia seolah-olah seperti pak turut, mengikutkan kata si isteri..disuruh pegang beg, suaminya pegang beg, disuruh ambil barang, suaminya pegang barang, disuruh tolak troli, suaminya tolak troli..dengan anak lagi nak dikendong..kasihan sangat! rasa macam tak patut si isteri memperlakukan sedemikian..sampai satu tahap, suaminya dipanggil dengan jerit-jeritan dari si isteri..ya ALlah..kalau orang lain melihat pasti malu..untung sahaja hanya ros dan beberapa orang yang melalui kawasan itu..

andaikata, kita nak mempergunakan suami kita atau nak suruh buat apa-apa atau nak mintak tolonglah senang cerita, boleh tak jangan nak terjerit-jerit dan cara tu cuba jangan seolah-olah nak memerintah..nak-nak pula ramai yang memandang..dah macam hamba abdi pulak si suami ni..kasihan tau! nasib si suami ni agaknya seorang yang COOL..huhu..ros pulak yg sedih..

dan jaga aib suami anda, jangan sesekali jatuhkan air mukanya! kerana, jika sebeginilah perangai anda..pasti tidak hairanlah anda bercerita tentang keburukan suami anda dibelakangnya tanpa suami anda sedari..

isteri, jaga aib suami anda..kerana insyaALlah Allah akan menjaga aib anda..

semoga dijadikan pengajaran dari kisah ini..dan ini juga peringatan buat ros sendiri..JAGA AIB! 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!