Sunday, February 3, 2013

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan.


semalam, Sabtu, 2 Februari 2013..ros dan rakan-rakan guru yang lain telah menghadiri satu kursus LDP yang diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka di Dewan Tun Fatimah. Terlalu banyak input yang kami dapat daripada LDP semalam yang telah pun disampaikan oleh Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka iaitu Datuk Haji Isa. Seronok sebab banyak juga pengalaman yang telah dikongsikan oleh beliau..orang yang dah berpengalaman ni biasanya dia akan bercerita sekitar pengalamannya..bayangkan 30minit yang pertama tu beliau banyak bercerita tentang pengalaman beliau semasa menjadi barisan pentadbir bagi Jabatan Pelajaran Negeri, Melaka. 

banyak juga akronim yang disampaikannya..dan kebanyakkannya memang kita sendiri pun tak terfikir untuk kreativ dan inovatif seperti beliau! sangat seronok menghadiri kursus yang langsung tidak membuatkan diri ini mengantuk walau sesaat! apatah lagi menguap...! sungguhhhhh! hehehehe..

antara topik yang disampaikan oleh yang berbahagia Datuk adalah tentang Transfromasi Pendidikan - Realiti dan Cabaran, beliau turut mengupas berkenaan isu Pelan Induk Pembangaunan Pendidikan yang terbaru..dan itu adalah tajuk bagi slot yang pertama manakala slot yang kedua pula ialah Karekttor Guru Dalam Menjayakan Transformasi Pendidikan. 

turut hadir semalam ialah barisan Guru-gur Besar dari 4 buah sekolah Melaka Tengah termasuk juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang. 

Yang berbahagia Datuk ada berpesan agar kami guru-guru tahu akan NIAT kami ke Kursus..kerana ada sesetengahnya tak sampai 15 minit pertama dah angkat beg untuk pergi ke tandas..yelah, nama pun hari minggu..memang susah untuk sesetengah dari guru-guru yang dah berkeluarga ini untuk hadir..tapi ros memang tabik jugaklah kepada guru-guru wanita yang turut sama hadir semasa Kursus semalam diadakan..

insyaAllah pada entry seterusnya nanti ros akan kongsikan serba sedikit tentang BANK-BANK yang perlu guru-guru diseluruh Malaysia ni ingat sampai ke MATI..heheheh :D termasuk juga ros...:) heeeeeeeeee :D 



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih!