Wednesday, June 19, 2013

Isu Kesantunan Guru.


Kesantunan  guru bermaksud tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial. Oleh yang demikian, usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh guru iru terlebih dahulu.

 Berdasarkan pengertian di atas, kesantunan guru dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan dan perhubungan antara guru dengan murid, guru dengan rakan sejawat, guru dengan pihak pengurusan sekolah dan perhubungan guru dengan masyarakat setempat.

 Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga iaitu:

i.              Kesantunan berpakaian

ii.            Kesantunan tingkah laku

iii.           Kesantunan berbahasa

Dalam kesantuan berpakaian, beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada  jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

             Kesantunan tingkahlaku adalah merujuk tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Contohnya: ibu bapa yang datang berurusan di sekolah,berkunjung ke sekolah yang atas sebab urusan,duduk di dalam kelas,berhadapan dengan orang yang kita hormati seperti guru besar atau pegawai  dari jabatan,berjalan di tempat umum dan sebagainya.



            Semua situasi yang dinyatakan di atas memerlukan tingkah laku yang berbeza. Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan  cara memakai tusuk gigi .



            Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara berkomunikasi  sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan sahaja.Cara berbahasa harus disesuaikan dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat setempat. Perkataan atau bahasa yang digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi. Guru yang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, angkuh, tak acuh, egois, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

            Cara berbahasa amat penting dikuasai oleh guru untuk kelancaran berkomunikasi. Dengan mengetahui cara berbahasa seseorang guru akan dapat menyampaikan mesej dengan jelas dalam komunikasi tersebut khususnya ketika melaksanakan pengajaran.



Kesantunan berbahasa ini perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru akan mengetahui:-

i.      Apa yang  sebaiknya diucapkan pada waktu dan keadaan tertentu.

ii.    Ragam bahasa yang sewajarnya digunakan dalam situasi tertentu.

iii.   Bila dan bagaimana giliran berbual dimulakan.

iv.   Bagaimana mengatur kelantangan suara ketika berkomunikasi.

v.    Bagaimana sikap dan gerak-geri ketika berkomunikasi

vi.   Bila  seharusnya diam dan menamatkan perbualan.

            Cara berbahasa seseorang guru dipengaruhi oleh norma-norma budaya atau kelompok masyarakat tertentu. Contohnya orang Kelantan berbeza dengan cara berbahasa orang Pulau Pinang meskipun mereka sama-sama berbahasa Melayu. Hal ini menunjukkan kebudayaan yang menjadi darah daging pada seseorang itu berppengaruh pada pola bahasanya.Oleh itu seorang guru seharusnya mengetahui  dan memahami norma-norma bahasa sebelum menggunakannya ketika berhadapan dengan murid-murid. Perkara ini amat penting kerana cara berbahasa mengikut norma-norma budaya akan menghasilkan kesantunan berbahasa.



            Selain itu kesantunan tutur kata, senyuman manis dan tulus  serta sapaan berbentuk pujian merupakan aspek kesantunan yang diberi perhatian oleh seseorang yang berilmu dan terpuji akhlaknya. Guru menjadi sebahagian orang yang dimaksudkan tersebut. Guru seharusnya menjaga tutur katanya agar sentiasa mengamalkan kesantunan bahasa dan mampu memiliki bahasa yang santun dan sesuai kepada muridnya, walaupun murid menunjukkan tingkahlaku yang bermasalah. Guru juga menjadi teledan bagi murid dengan menera[pkan prinsip kesantunan dalam setiap tutur katanya.



            Kesantuan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Ciri-ciri kesantunan termasuklah

i.      Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berjuang.

ii.    Bersyukur dan berterima kasih.

iii.   Berani, tegas dan mengelakkan perkara keji daripada berlaku .

iv.   Menghargai dan menghormati pihak lain.

v.    Menggunakan kata-kata yang baik.

vi.   Peramah, pemurah dan bersedia membaiki   kelemahan diri .

Kesimpulannya kesantunan bukanlah sesuatu yang dipelajari tetapi merupakan nilai yang perlu ada dalam diri seorang guru sebagai model kepada murid. Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007)

*kaitkan dengan isu bobo…

Contoh Soalan Dan Jawapan bagi Kertas EDC2103.


bismillah, ini adalah contoh yang soalan dan jawapan yang telah diberikan oleh pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka..boleh dibuat rujukan untuk semua..

SAMPEL JAWAPAN BAHAGIAN A


Bahagian A
60 markah

1.         a. Terangkan salah satu aspek perbezaan individu yang dapat diperhatikan di
                kalangan murid?

                                                                                                            (5 markah)
            Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan boleh mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan berdasarkan kriteria pantaksiran yang dilampirkan.
       
Sampel Hujah

            Setuju

            Terdapat pelbagai aspek perbezaan individu yang dapat diperhatikan di kalangan 
murid. Antara yang paling ketara ialah perbezaan kecerdasan.  Kecerdasan merupakan keupayaan atau potensi yang  dimiliki oleh seseorang murid yang mempengaruhi keupayaannya belajar.Maka tidak  hairanlah terdapat murid yang digolongkan sebagai pintar, cerdas, sederhana, lemah atau lembam.  Terdapat beberapa pandangan tentang kecerdasan.  Antaranya kecerdasan dilihat sebagai IQ, tetapi pandangan lain pula melihat terdapat kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi (EQ)  dan SQ. Setiap pengkaji mengemukakan teorinya dan sebagai guru pengetahuan tentang kecerdasan menyumbang kepada pembinaan pemahaman yang dapat dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti P&P.  Sebagai rumusan, kecerdasan dapat disimpulkan sebagai himpunan kecekapan seseorang yang meliputi aspek mental, bakat/keupayaan,  kecekapan interpersonal dan intrapersonal.


Aspek perbezaan individu lain yang boleh diterangkan.
·         Fizikal
·         Emosi
·         Rohani
·         Konsep kendiri
·         Personaliti
·         Lokus kawalan
·         Gaya pembelajaran
·         Jawapan-jawapan lain yang sesuai.

b. Pengetahuan mengenai perbezaan individu dipercayai  membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.  Bincangkan peranan guru dalam menghadapi perbezaan individu di dalam kelas.

                                                                                                            (15 markah)


Sampel Hujah:


Peranan guru dalam menghadapi perbezaan individu di dalam kelas;

Pengetahuan mengenai perbezaan individu  sangat penting kerana pengetahuan sebegini menyediakan satu kerangka  yang dapat menjadi panduan kepada guru.  Individu  di dalam sebuah kelas tidak sama.  Banyak aspek yang membezakan mereka. Oleh yang demikian , pengetahuan sebegini membolehkan guru merancangan strategi P&P yang berbeza.  Jika sekiranya individu/ murid berbeza keupayaan, Peranan utama guru ialah perlu menjalankan strategi yang bersesuaian dengan murid. Analogi yang diberikan untuk pengajaran dan pembelajaran ialah  buying and selling. Tidak ada gunanya guru banyak mengajar sedangkan proses pembelajaran berlaku pada paras yang minimum. Misalnya , sekiranya murid berbeza keupayaan, guru boleh menggunakan kaedah  pemulihan dan pengayaan.  Pemulihan akan dapat membantu murid yang  lemah manakala bagi murid yang pandai akan terus berkembang mengikut keupayaannya.  Tanpa pengetahuan tentang perbezaan individu, guru mungkin akan menggunakan kaedah seluruh kelas dan implikasinya murid yang lemah akan terus tertinggal, manakala murid yang pintar berkemungkinan akan hilang motivasi kerana pembelajaran yang dilalui tidak mencabar. Dengan ini jelas bahawa pengetahuan mengenai perbezaan individu membolehkan guru  menjalankan  program pemulihan dan pengayaan yang  implikasinya akan meningkatkan keberkesanan P&P.

Hujah-hujah lain:


·         Membina persekitaran pembelajaran yang berbeza
·         Cara berkomunikasi yang efektif
·         Pelaksanaan program pengayaan (enrichment)
·         Pelaksanaan program pemulihan
·         Pengagihan tugasan mengikut keupayaan
·         Mempelbagai  tugasan berbeza aras
·         Mempelbagai bahan bantu belajar (BBB) dan bahan bantu mengajar (BBM)
·         Pembelajaran koperatif/kolebaratif
·         Jawapan-jawapan lain yang munasabah


2.          a. Aktiviti mental terdiri daripada dua jenis iaitu kognitif dan metakognitif.
             Jelaskan perbezaan di antara kedua-dua aktiviti tersebut?
                                                                                                                          (5 markah)
Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan boleh mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan berdasarkan kriteria pantaksiran yang dilampirkan.

 Sampel Hujah:

Kognitif ialah aspek berfikir dan menjadi petunjuk kepada pembangunan diri seseorang. Kemahiran berfikir ini sering kita menggunakan setiap hari seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan membuat penilaian. Aspek berfikir ini menyumbang kepada keberkesanan dalam melakukan pekerjaan tertentu. Keberkesanan berfikir memerlukan kemahiran berfikir secara konvergen, divergen, mendatar atau menegak untuk menngendalikan kepelbagaian masalah dalam konteks yang berbeza pada masa berlainan di sepanjang kehidupan.
Sementara metakognitif merupakan pengetahuan mengenai proses-proses kognitif atau  pengetahuan yang dapat digunapakai untuk mengawal proses kognitif. Maka metakognitif ialah kesedaran dan pengawalan terhadap proses kognitif tersebut dan kemampuan untuk menjanakan proses ini dalam mempertingkatkan daya pemikiran dan pembelajaran. Selain itu metakognitif juga bermaksud seseorang individu mampu  berfikir di atas pemikirannya


             b. Terdapat pelbagai jenis pemikiran kognitif yang telah dikenalpasti oleh
             ahli-ahli psikologi sehingga masa kini. Huaraikan bagaimanakah pemikiran kritis
             dan kreatif dapat ditingkatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
                                                                                                                          (15 markah)
Sampel Hujah:

Bagi meningkatkan pemikiran kritis, guru boleh menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran. Perasaan ingin tahun murid-murid dapat dipenuhi apabila guru memberi peluang kanak-kanak menggunakan pancaindera untuk menyiasat, merasa, menyentuh dan membuat kesimpulan dalam aktiviti pembelajaran. Perasaan ingin hendak menyelidik sesuatu secara mendalam dan bukannya secara menerima sahaja. Dengan pemikiran kritis, murid-murid akan bersikap suka menilai satu-satu tindakan dari segi kelebihan dan kelemahannya. Murid akan membuat keputusan berdasarkan analisis serta penilaiannya terhadap masalah yang dihadapi. Murid akan menjadi lebih yakin dan berani mengemukan persoalan menuju ke arah penyelesaian masalah.  Kaedah inkuiri seperti ini mampu meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif.
           Jawapan lain:
·         Kaedah kumpulan
·         Perbincangan
·         Sumbangsaran
·         Lawatan sambil belajar
·         Eksperimen
·         Bercerita
·         Sosiadrama
·         Soalan yang beraras tinggi
·         Lain-lain jawapan yang munasabah


3.        a. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid boleh dikategorikan kepada dua
            iaitu tingkah laku bermasalah yang negatif dan tingkahlaku bermasalah yang positif.
            Terangkan ciri-ciri tingkah laku bermasalah yang positif?
                       
                                                                                                                                (5 markah)
Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan boleh mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan berdasarkan kriteria pantaksiran yang dilampirkan.

        Sampel Hujah:

Tingkah laku bermaslah  yang positif bermaksud tingkah laku positif yang dianggap bermasalah dan mengganggu proses P&P.  Masalah ini ditimbulkan oleh murid-murid yang digolongkan sebagai pintar cerdas, murid yang proaktif, murid yang cepat belajar dan murid yang terlalu enthusiastik.  Murid seperti ini menimbulkan gangguan terhadap kelancaran proses P&P.  Murid-murid ini biasanya memiliki daya intelek yang tinggi dapat memahami sesuatu konsep dengan cepat berbanding murid lain dan jika guru mengulangi penerangan menjadikan mereka bosan dan menimbulkan masalah.  Mereka mungkin membuat bising, menggagu konsentrasi rakan lain dan menimbulkan pelbagai tingkah laku disruptif yang lain.

             b. Kemungkinan guru  berhadapan dengan murid  yang menimbulkan tingkah laku
 bermasalah yang positif  adalah tinggi.  Bincangkan cara menangani tingkah laku   
 bermasalah yang positif ke arah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
 berjalan lancar dan efektif?
                                                                                                                            (15 markah)
            Sampel Hujah:

Guru perlu melaksanakan aktiviti pengayaan bagi murid-murid yang menimbulkan tingkah laku bermasalah yang positif.  Pelbagai aktiviti  pengayaan boleh dilaksanakan. Antaranya aktiv iti pengayaan mendatar dan pengayaan menegak.  Pengayaan mendatar bermaksud  didedahkan kepada lebih banyak soalan atau latihan yang  aras kesukaran yang hampir sama.  Pengayaan menegak pula bermaksud melibatkan pemberian soalan atau latihan yang mempunyai ras kesukaran yang tinggi yang melibatkan pemikiran aras tinggi.  Melalui aktiviti seumpama ini, murid yang memiliki daya intelek yang tinggi dapat berkembang mengikut aras dan keupayaannya.  Aktiviti ini dapat mengelakkan kebosanan apabil kaedah pengajaran guru agak lambat kerana memberi rauang kepada murid-murid berpencapaian sedenrhana dan lambat. Aktiviti pengyaan bagi golongan ini boleh dilaksanakan melalui pembelajaran berbantukan komputer (CAL).  kajian menunjukkan aktiviti pengayaan perlu kerana tanpa aktiviti pengayaan pelajar yang hilang minat ini akan terus menimbulkan masalah dan hilang minat untuk ke sekolah.  Jika hal ini berlaku, adalah satu kerugian besar kerana kita gagal memngembangkan potensi pelajar ke peringkat yang setinggi mungkin sejajar dengan  keupayaannya.

            Jawapan-jawapan lain.

·         Menggunakan strategi pembelajaran inkuri kepada murid 
·         Kaedah kumpulan/koperatif/kolaboratif dan menjadikan pelajar ini sebagai ketua
·         Pelaksanaan kaedah Problem Based learning (PBL)
·         Mewujudkan buddy support/peer support dengan menjadikan murid seumpama ini sebagai mentor untuk membantu yang lemah.
·         Menyediakan learning station yang membolehkan murid-murid seperti ini belajar sendiri setelah selesai kerja-kerjanya.

4.              a. Motivasi boleh mendorong individu untuk bertindak agar sesuatu matlamat itu tercapai. Bincangkan kepentingan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran
                                                                                                            (5 Markah)
            Rujuk kepada Rubriks Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan boleh mengandungi kandungan di bawah. Walau bagaimanapun kualiti perbincangan berdasarkan kriteria pantaksiran yang dilampirkan.

                        Sampel jawapan.
Kepentingan motivasi yang amat ketara dalam pengajaran dan pembelajaran ialah ia mewujudkan semangat persaingan sesama murid.  Dengan  adanya motivasi, murid akan bersaing sesama mereka secara sihat sama ada dalam akademik atau dalam aspek-aspek kokurikulum yang lain.  Persaingan yang sebegini akan meningkatkan pencapaian kerana masing-masing berkeinginan untuk menjadi yang cemerlang.  Sejajar dengan Teori Keperluan oleh Maslow, murid akan  berusaha mencapai  hirarki tertenggi keperluan manusia iaitu aktualisai kendiri.
           
            Jawapan-jawapan lain.
·         Meningkatkan tingkah laku pembelajaran
·         Menarik perhatian murid
·         Menimbul dan mengekalkan minat murid
·         Menimbulkan perasaan ingin tahu
·         Membantu kepada pembinaan tingkah laku yang positif
·         Menghasilkan suasana pembelajaran yang menggembirakan
·         Membnatu muurid membina  matlamat yang realistik dan boleh dicapai.
     b. Cadangkan cara bagaimana anda boleh meningkatkan motivasi dalam
     bilik darjah.
                                                                                                            (15 markah)
                        Sampel jawapan.
            Peneguhan merupakan antara aspek yang perlu diberi perhatian dalam meningkatkan motivasi di dalam bilik darjah.  Menurut Teori Behaviorisme, peneguhan boleh dikategorikan kepada dua iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk  menambah kebarangkalian kepada tingkah laku atau gerakbalas yang diingini daripada murid.  Sebagai contoh, sekiranya murid menjawab soalan dengan betul, dengan adanya peneguhan positif murid akan bermotivasi untuk menjawab dengan betul pada masa-masa lain.  Peneguhan negatif  pula walaupun  membawa kesan yang tidak menyeronokkan dapat mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contoh, murid yang sering membuat bising, sekiranya diberi peneguhan yang negatif, kemungkinan dia tidak  akan mengulangi perbuatan tersebut. Penggunaan peneguhan dapat memantapkan fokus mereka  meningkatkan tingkah laku pembelajaran. Dengan ini nyata peneguhan merupakan antara cara boleh digunakan untuk meningkatkan motivasi dalam bilik darjah.
            Jawapan-jawapan lain
·         Bantu murid memahami objektif sesuatu pelajaran. Mereka lebih terdorong untuk melakukan sesuatu setelah mereka memahami objektifnya
·         Pastikan ganjaran yang disediakan itu merupakan jenis yang dikehendaki murid-murid.
·         Persaingan sederhana boleh digalakkan kerana ia meningkatkan pencapaian
·         Timbulkan perasaan ingin tahu murid-murid sebelum memulakan satu satu topik pelajaran.
·         Bantu murid –murid untuk menetapkan matlamat yang realistik dan boleh dicapai
·         Pastikan suasana bilik darjah adalah mesra,teratur dan kemas.
·         Elakkan tekanan dan keadaan yang boleh menimbulkan kekeliruan
·         Menggunakan kaedah pembelajaran yang menarik dan sepadan dengan gaya pembelajaran murid.
                                                                                                                                                                                                                PMM ESEI/SAMPEL  JAWAPN BAHAGIAN B
1. Teori penaakulan Moral Kohlberg menekankan perkembangan moral berlaku dalam tiga tahap. Pada tahap pertama Penaakulan Moral Pra-konvensional, pembinaan moral berorientasikan hukuman-patuh dan orientasi ganjaran.  Sejauh mana anda bersetuju bahawa/Bincangkan kesesuaian hukuman dan ganjaran membantu  kepada pembinaan moral yang baik kepada kanak-kanak/di kalangan murid.

SAMPEL HUJAH

Setuju

Dendaan sebagai  teknik Modifikasi yang sesuai
Usaha pembinaan moral perlu bermula di peringkat awal. Pembinaan moral mempunyai kaitan yang rapat dengan pedisiplinan. Orientasi hukuman dan ganjaran sesuai dan relevan dalam membantu kepada pembinaan moral kanak-kanak.  Hukuman dilihat sebagai mengenakan kesakitan dengan sengaja oleh orang yang berautoriti ke atas seseorang yang melanggar peraturan dan  ke atas sesorang yang melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan. Ganjaran pula dilihat sebagai usaha peneguahan kepada sesutau tingkah laku yang dingini. Hukuman dan ganjaran dilihat sebagai teknik modifikasi tingkah laku.  Kajian menunjukkan bahawa teknik modifikasi tingkah laku sebegini berkesan dan seterusnya mampu membina kemoralan sosial yang sihat. Teori penaakulan Moral Kohlberg melihat tahap awal kemoralan banyak dipengaruhi oleh sejauh mana kanak-kanak mematuhi peraturan sosial melalui orientasi hukuman dan ganjaran.  Kanak-kanak mematuhi peraturan bertujuan untuk mengelak hukuman dan kepatuhan terhadap peraturan diperkukuh melalui ganjaran. Sesuai dengan peringkat awal perkembangan kanak-kanak,  penaakulan moral yang sebegini mampu menyedia asas ke arah pembinaan moral.

Hujah lain yang menyokong

·         Gejala kemorosotan moral dan disiplin  yang  semakin meningkat  dapat dikaitkan dengan amalan kita yang tidak menbenarkan hukuman dan dendaan walaupun bagi kes-kes seperti pergaduahan.  Implikasinya  semakin tidak menghormati guru dan bergaduh. Kita tidak harus terlalu menumpukan kepada pendekatan lembut (internally induced method) dan meninggalkan  pendekatan yang agak keras (externally enforced method).  Kesimpulannya orientasi hukuman dan ganjaran adalah perlu, , sikap terlalu bertoleransi dan lembut tidak menyumbang kepada perkembangan moral yang sihat.

·         Pembentukan  peribadi  dari perspektif Islam turut menekankan aspek pendisiplinan.  Bagi anak yang tidak menunaikan solat/sembahyang setelah mencapai umur 7 tahun boleh dirotan.  Natijah daripada ini, tidak salah untuk mendenda asalkan dendaan itu bersesuaian dengan kesalahan yang dilakukan dan bertujuan untuk kebaikan. Tingkahlaku negative dapat diubah dan pembentukan moral yang baik dapat ditekankan


·         Teori Behahaviorisme membuktikan bahawa hukuman dan dendaan merupakan antara strategi yang boleh digunapakai melemahkan tingkahlaku yang tidak diingini dan mendorong kepada pembentukan tingkah laku yang diingini (perkembangan moral). Di bawah konteks psikologi pendidikan, dendaan membawa kesan secara tidak langsung untuk membentuk tigkah laku  yang diingini.  Kajian telah membuktikan bahawa ia adalah satu teknik yang boleh digunakan malah teknik sebegini turut digunakan dalam sistem kehakiman.

·         Kerelevanan  orientasi hukuman dan ganjaran  sebenarnya dilihat sebagai satu teknik modifikasi yang bersifat universal dan terpakai luas sehingga hari ini.  Misalnya sistem  kehakiman dan beberapa puasat pemulihan akhlak masih mengamalkan hukuman dan ganjaran.  Untuk usaha membina dan mengembangkan moral, hukuman seperti penjara, rotan atau yang lain-lain untuk pesalah semata-mata bertujuan untuk pembinaan semula mora.  ganjaran juga turut diberikan kepada pesalah misalnya pengurangan hukuman atau pengampunan bagi banduan yang berkelakuan baik. 


Hujah tidak menyokong
Orientasi hukuman dan dendaan bukanjaminan kepada pembentukan moral yang baik di kalangan kanak-kanak.  Terutamanya hukuman,kemungkian akan mendatangkan kesan yang psikologi yang negatif.  Sekiranya seorang kank-kanak itu sentiasa dihukum atas kesalahannya semata-mata untuk memastikan ia mematuhi peraturan, terdapat kemungkinan kank-kank tadi menjadi agresif atau menjadi pasif atau membina konsep kendiri yang negatif.  Kajian-kajian psikologi criminal menunjukkan orang yang dibesarkan dengan kekerasan dan hukuman cenderung untuk menjadi agresif dan membalas dendam. Jika ini berlaku, usaha pembinaan moral seperti ini tidak akan berjaya.
Jawapan lain
·         Modeling daripada orang signifikan e.g keluarganya lebih sesuai
·         Penerapan nilai secara internally induced
·         Cara pembesaran
·         Pembetulan melalui kaunseling
·         Didikan agama
·         Pendekatan Humanistik -Meastikan Hirarrki keperluan dipenuhi dan manusia menuju kepada kesempurnaan kendiri.
·         Penggunaan teknik modifikasi tingkah laku yang lain misalnya kontrak
·         Hukuman memungkinkan kecederaan fizikal/mental
·         Hukuman untuk mendidikan bertukar menjadi penderaan
2.
Faizah adalah seorang murid tahun enam. Dia adalah seorang murid yang rajin, aktif dan ceria yang berpencapaian tinggi dalam pelajaran. Sejak kematian ibunya, beberapa bulan yang lalu, Faizah telah menjadi pasif,  pendiam dan pencapaian dalam ujian telah menurun. Sejak kebelakangan ini Faizah telah hilang minat untuk belajar.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan sejauh mana kaunseling dapat membantu Faizah untuk mengatasi masalahnya supaya kembali menjadi murid yang rajin, aktif, ceria dan berpencapaian tinggi dalam pelajaran.
                                                                        (20 markah)

 Sampel hujah.
Menyokong.
Kaunseling dilihat sebagai profesion menolong.  Melalui peringkat-peringkat kaunseling, kaunselor boleh membantu klien mengatasi masalah yang dihadapi.  Melalui penerokaan, skop masalah, aras kefungsian, pola sejarah, memahami kekuatan dan sumber kekuatan dapat diketahui untuk memudahkan supaya klien dapat dibantu.  Dalam kes faizah, permasalahan sebenar dapat difahami dan dirungkai sebelum membaut keputusan bagaimana klien dapat dibantu.  Bergantung kepada teori yang menjadi pegangan kaunselor,  kaunselor mengemukakan beberapa alternative membantu dan keputusan dibuat atas persetujuan bersama,  bagi Faezah mungkin ia perlu dibantu menagani kesedihan kerana kehilangan ibu, coping skills menangani kesukaran-kesukaran tanpa orang signifikan, menyediakan/membina sokongan social jika perlu atau membantunya mengatasi masalah pembelajaran dan meningkatkan kemahiran belajar.  Pada tahap pelaksanaan, klien akan melaksanakan alternative/langkah yang telah dipersetujui.  Seterusnya pada tahap penamatan, tindkan susulan akan dilaksanakan mengikut progress/kejayaan kaunseling.  Sekiranya kaunseling dilakukan secara professional, mengikut peringkat-peringkatnya, kaunseling boleh membantu Faizah mengatasi masalahnya dan kembali fokud kepada pelajarannya.
Jawapan-jawapan lain.
  • Kejayaan kaunseling tidak hanya dipengaruhi kepada pelaksanaan sesi etapi turut dipengaruhi jenis/angkubah klien.  Sekiranya Faizah klien yang komited sesi kaunseling akan Berjaya.  Sekiranya klien tidak komited, enggan bekerjasama (resistance and reluctance client) proses kaunseling tidak akan membantu  Faizah.
  • Keayaaan kaunseling juga turut dipengaruhi oleh angkubah kaunselor.  Sejauh mana kaunselor itu berpengalaman atau kaunselor novis.  Kajian menunjukkan keupayaan menolong adalah berbeza antara kaunselor berpengalaman dengan kaunselor novis.  Sekiranya kaunselor berpengalaman. Kaunseling akan membantu Faizah.  Sekiranya kaunselor masih novis, kemungina khidmat kaunseling tidak membantu.
  • Kejayaan kaunseling juga turut dipengaruhi oleh aspek lain seperti kekuatan dan sumber kekuatan. Faizah menjadi murid yang sedemikian, hilang minat untuk belajar berkemungkinan kerana  tidak memiliki sumber kekuatan seperti kewangan selepas kematian ibunya.  Kemungkinan ibunya yang menanggung perbelanjaan keluarga.  Dengan kematianya, kehadupan menjadi susah.  Tanpa sokongan kkewangan, misalnya biasiswa, sara hidup daripada agensi-agensi lain e.g Kebajikan Masyarakat,  kaunseling bukan penyelesai kepada permasalahan yang dihadapi Faizah.
  • Jawapan lain yang sesuai.

3.         Teori pembelajaran sosial menekankan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu murid memerhati dan meniru tingkah laku orang lain.
Bincangkan sejauh mana tingkah laku baru dapat dipelajari melalui pemerhatian dan  peniruan.
                                                                                                                        (20 Markah)

Sampel Hujah
Pemerhatian dan peniruan merupakan elemen penting dalam pembelajaran.  Sekiranya seseorang ingin meniru, ia harus memerhatikan.  Pemerhatian merupakan fasa penting.  Bagi kanak-kanak, orang signifikan seperti ibu, bapa, pengasuh, adik-beradik menjadi tumpuan pemerhatian dan peniruan.  Peniruan meliputi pelbagai aspek kehidupan seperti tangkah lakun, tutur kata, cara makan,  dan lain-lain.  Sebagai contoh, kalau kanak-kanak melihat adik beradiknya makan dengan tangan, dia juga akan menggunakan tangan, tetapi kalau ibu bapanya menggukan sudu dan garfu atau sepit, maka mereka juga akan mengikut.  Proses pembelajaran ini berlaku secara tidak formal melalui pemerhatian dan peniruan.  Semakin meningkat umur seseorang kanak-kanak, atau setelah memasuki alam remaja, model yang menjadi pemerhatian untuk ditiru dating dari lingkungan atau konteks social  yang lebih luas.Tingkah laku baru mungkin dipelajari dari rakan sebaya, daripada penyanyi atau pemimpin yang terkenal dan lain-lain. Dalam pengajaran dan pembelajaran formal pula, misalnya dalam pendidikan jasmani, guru harus dapat memodelkan kemahiran-kemahiran tertentu dengan sebaik mungkin supaya murid dapat memerhati dan meniru, menyimpannya dan mengeluarkannya semula. Dalam fasa reproduksi, sekiranya murid dapat melakukan dengan baik, perlu diikuti fasa motivasi atau peneguhan.  Sejajar dengan proses globalisasi, dunia tanpa sempadan dan kemajuan ICT,pembelajaran  tingkah laku baru melangkaui sempadan geografi dan akses kepada pemerhatian dan peniruan mengambil dimensi yang lebih luas.  Sebagai contoh, ramai murid atau remaja kita meniru perilaku, fesyen, pergaulan atau-atau nilai dari Barat melalui model yang ditampilkan melalui TV, filem, YOU-tube dan sebagainya.  Dengan ini jelas bahawa pelbagai tingkah laku baharu dapat dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan.
Jawapan-jawapan lain.
·         Pembelajaran turut dipengaruhi oleh status perkembangan dan aras kognitif.  Kanak-kanak yng mempunyai aras kognitif yang tinggi dapat memerhati, mengingat dan mampu mengeluarkan semula sebagai tingkah laku baharu.  Berbeza pula bagi mereka yang memiliki aras kognitif rendah, contoh murid yang bermasalah pembelajaran seperti downsindrom, kemungkinan tingkah laku baharu yang kompleks, sukar dipelajari atau tidak berlaku proses pembelajaran seperti yang diharapkan melalui pemerhatian dan peniruan.
·         Pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan banyak dipegaruhi oleh deria,  Seorang pelajar yang menghadapi masalah penglihatan, buta misalnya, ruang pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan mungkin agak terhad berbanding yang lain.  Rumusannya tingkah laku baharu sukar dpelajari melalui peniruan dan pemerhatian seperti yang dianjurkan oleh Teori Pembelajaran Sosial.
·         Pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan banyak dipengaruhi oleh keupayaan membuat storan dan motivasi/peneguhan.  Kegagalan menyimpan akan mempengaruhi fasa reproduksi dan reproduksi akan menjadi lebih teguh melalui fasa motivasi.  Peneguhan dilihat antara variable yang mempengaruhi.  Tingkah laku baru yang dipelajari, sebagai contoh mat rempit (remaja yang bermotosikal dengan pelbagai aksi) akan terus diulang-ulang kerana ada pengiktirafan dari rakan sebaya sebaliknya tingkah laku baru itu mungkin menjadi lemah sekiranya aksi sedemikian diikuti dengan dendaan.  Misalnya sipelaku dipenjarakan atau disaman.  Dalam pembeljaran sekiranya tingkah laku baharu diikuti dengan ganjaran, pembelajaran akan lebih menyeronokkan.  Jelas bahawa keberkesanan pembelajaran melalu peniruan dan pemerhatian turut dipengaruhi oleh elemen motivasi atau peneguhan.
·         Pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan banyak dipengaruhi oleh kecekapan dan keupayaan model. Model harus berupaya membantu pemerhati mencapai matlamat pembelajaran atau tingkah laku baru. Sebagai contoh seorang jurulatih bolasepak  yang baik akan menhasilkan pemain dn pasukan yang baik tetapi jurulatih yang kurang kemahiran, gagal meningkatkan tingkah laku baharu (kemahiran) pemainnya.  Rumusan, kecekapan model mempengaruhi tingkahlaku baru yang dingin dipelajari.
·         Pemerhatian dan peniruan wlaupun dilihat sebagai prinsip utama pembelajaran, kesediaan seseorang mempelajari tingkah laku baharu turut dipengaruhi oleh nilai yang menjadi pegangan seseorang.  Sebagai contoh seorang pelajar Islam yang belajar di Barat,  walaupun tingkah laku social yang dimodelkan oleh Barat begitu bebas, pergaulan antara lelaki dan perempuan, budaya mnum/alcohol sentiasa didedahkan dan diperhati, kemungkinan tingkah laku itu dipelajari banyak bergantung kepada sejauh mana pegannyya terhadap Islam.  Sekiranya  pegangan nilainya kuat, tingkahlaku baru (bersoasisal cara Barat) tidak akan dipelajari, tetapi sekiranya pegangan nilainya tidak kuat seseorang itu akan mudah terpengaruh hasil daripada pemerhatian dan peniruan.
·         Pemerhatian dan peniruan turut dipengaruhi oleh self-efficacy seseorang.  Sekiranya seseorang berkeyakinan ia boleh melakukan sebagaimana orang lain boleh melakukan, tingkah laku baru akan dapat dihasilkan/reproduksi.  Sebagai contoh aksi penerjun dalam sukan Olimpik dari ketinggian tertentu dengan pelbagai aksi memang menggerunkan. Pemerhati akan dapat menghasilkan aksi/tingkah laku yang sedemikian kalau memiliki self-efficacy yang tinggi tetapi sekiranya dia memiliki self-efficacy yang rendah, dia tiadak akan berani mencuba dan tingkah laku baru tidak dapat dipelajari.
SOALAN KUIZ
JAWAB TIGA  SOALAN SAHAJA.
1.       a. Pengetahuan tentang Psikologi Pendidikan penting dikuasai oleh guru. Nyatakan
             konsep psikologi pendidikan.  
                                                                                                                        (3 markah)
b. Sebagai seorang bakal guru, bagaimanakah pengetahuan psikologi pendidikan   dapat anda gunakan  untuk membantu pelajar memperoleh pembelajaran yang maksimum.
                                                                                                                        (7 markah)
2.          a. Terangkan salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang murid.
(3 markah)
b.  Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai hubungan dengan prestasi akademik. Pelajar yang konsep kendirinya  negatif  menunjukkan prestasi akademik yang rendah.  Bincangkan bagaimana guru boleh membantu  membina konsep kendiri yang positif di kalangan murid.
                                                                                                            (7 markah)
3.        a. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran di kalangan  murid. Nyatakan model gaya pembelajaran   individu mengikut Dunn & Dunn (1978). 
(3 markah)
b. Pada pendapat anda, bagaimanakah guru dapat menghadapi gaya
pembelajaran murid yang pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
(7 markah)
4.         a. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget, perkembangan kognitif berlaku secara berperingkat-peringkat.  Terangkan ciri-ciri perkembangan kognitif di peringkat operasi konkrit (7-11 tahun).
                                                                                                                        (3 amrkah)
b. Bincangkan implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget kepada guru.
                                                                                                             (7 markah)
5.         a. Pemikiran boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.  Terangkan ciri-ciri  pemikiran divergen.
                                                                                                                        (3 markah)
            b. Untuk meningkatkan keupayaan berfikir murid, antara usaha yang perlu dilakukan oleh guru ialah merangsang pemikiran divergen. Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan oleh  guru untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid.
                                                                                                                        (7 markah)

SAMPEL JAWAPAN
1.       a. Pengetahuan tentang Psikologi Pendidikan penting dikuasai oleh guru. Nyatakan
             konsep psikologi pendidikan.  
(3 markah) Psikologi pendidikan ialah gabungan antara bidang psikologi dan bidang pendidikan.Psikologi bermaksud kajian saintifik mengenai tingkahlaku dan pemikiran manakala pendidikan merupakan proses untuk mengembangkan potensi individu. Oleh itu psikologi pendidikan lebih menjurus kepada  kajian tentang perlakuan manusia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Psikologi pendidikan memberi gambaran/profil terhadap cara seseorang belajar dan keupayaan pembelajaran individu. Disiplin ini memfokus kepada pengetahuan teoretikal dan empirikal mengenai pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan psikologi pendidikan membantu dalam  perancangan kurikulum dan instruksional.

b. Sebagai seorang bakal guru, bagaimanakah pengetahuan psikologi pendidikan   dapat anda gunakan  untuk membantu pelajar memperoleh pembelajaran yang maksimum.
                                                                                                                                    (7 markah)
            Sampel Hujah
Pengetahuan psikologi pendidikan penting bagi  bakal guru kerana melalui disiplin ini guru dapat meramalkan tingkah laku murid. Berdasarkan teori perkembangan misalnya, guru dapat menjangkakan tingkah laku murid misalnya kesediannya daripada pelbagai aspek;  tahap keupayaannya, apa yang disukai dan apa yang kurang disukai mengikut peringkat umur pertumbuhan dan perkembangan.  Oleh yang demikian pengetahuan sebegini menjadi penting kepada guru untuk membolehkannya menguruskan tingkahlaku murid, memotivasikannya dan meningkatkan tingkahlaku pembelajaran dan learning engagement.  Jika ini dapat dilakukan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif.
Jawapan-jawapan lain
·         Merancang strategi pengajaran yang berbeza mengikut perbezaan individu
·         Menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sejajar dengan peringkat kognitif pelajar. Semakin meningkat umur, semakin tinggi keupayaan.
·         Bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan pelajar setelah memahami kebolehan, minat serta bakat pelajar yang berlainan
·         Membantu meramal serta mengawal tingkah laku pelajar. Ini bermakna pencegahan boleh dilakukan.
·         Mengubah tingkah laku pelajar yang tidak diingini.
·         Dapat memotivasikan pelajar dalam pelajaran
·         Jawapan-jawapan lain yang sesuai


2.         a. Terangkan salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang murid.
(3 markah)
Konsep kendiri seseorang murid dipengaruhi oleh beberapa faktor.  Antaranya ialah perkembangan yang dilalui. Perlu diingat, konsep kendiri yang positif terbina daripada kejayaan memenuhi keperluan-keperluan kehidupan dan penghargaan daripada orang-orang yang penting di dalam persekitarannya.  Seperti yang ditegaskan oleh Erikson,  peringkat-peringkat  perkembangan psiko-sosial  yang dilalui oleh seseorang mempengaruhi konsep kendirinya. Sekiranya setiap peringkat (percaya vs tak percaya hingga kepada intergriti vs putus asa) dapat dilalui dengan lancar, ia akan membentuk konsep kendiri yang positif dan sekiranya sebaliknya, ia akan membentuk konsep kendiri yang negatif.
Jawapan-jawapan lain
·         Rakan sebaya
·         Keluarga dan cara pembesaran (authoritarian, authoritative, abaikan, indulgent)
·         Lingkungan budaya
·         Pengalam hidup yang dilalui/proses pertumbuhan dan perkembangan
·         Persekitaran
·         Iklim sekolah
·         Penolakan/penerimaan
·         Pencapaian
·         SES
·         Kekurangan/kelebihan diri e.g kecacatan

b.  Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai hubungan dengan prestasi akademik. Pelajar yang konsep kendirinya  negatif menunjukkan prestasi akademik yang rendah.  Baincangkan bagaimana guru boleh membantu membina konsep kendiri yang positif di kalangan murid.
                                                                                                                        (7 markah)
Sampel Hujah
Konsep kendiri merujuk kepada kesepaduan antara  idea, perasaan dan sikap yang dipercayai oleh seseorang terhadap dirinya.  Konsep kendiri juga boleh membawa maksud satu cara kita melihat dan menerangkan diri kita sendiri.  Konsep kendiri biasanya dibahagikan kepada dua, iaitu konsep kendiri positif adan konsep kendiri negative. Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai hubungan dengan prestasi akademik.
Untuk membantu membina konsep kendiri yang positif di kalangan murid, guru boleh membantu murid membini identiti jaya.  Dalam membina identiti jaya, guru harus menonjolkan kekuatan sesorang murid bukan menonjolkan kelemahannya dan melabelkannya dengan label-lebel yang tertentu misalnya bodoh, lembab, debab dan lain-lain.  Dengan menonjolkan kekeuatan dan mengenali potensi seseorang memudahkan guru membina identiti jaya di kalangan murid.  Sebagai contoh, pengetahuan mengenai kecerdasan pelbagai membolehkan guru membantu pelajar cemerlang dalam ruang dan kecerdasan yang dimiliki.  Sesorang murid iitu mungkin kurang bagus dalam matematik tetapi hebat dari segi bermain kerana memiliki kecerdasan kinestetik yan tinggi.  Dengan pemupukan /grooming yang betul pelajar dapat membina konsep kendiri yang positif kerana dia percaya dirinya turut memiliki kekuatan-kekuatan tertentu setanding dengan orang lain. Amalan membanding-banding pencapaian  antara pelajar walaupun bertujuan baik tetapi jika tidak teliti  ada kalanya boleh menimbulkan kesan negatif yang membentuk konsep kendiri yang negatif.  Oleh itu penting bagi guru untuk membantu pelajar membina konsep kendiri yang positif kerana konsep kendiri yang positif mempunyai hubungan dengan prestasi akademik dan aspek-aspek lain dalam kehidupan.

Jawapan-jawapan lain

·         Menggunakan terapi imageri untuk membina imej positif.  Khususnya bagi pelajar yang konsep kendirinya negatif, misalnya menanggap dirinya lemah, tidak berdaya atau dipulaukan boleh dibantu melalui terapi seumpama ini.  Pelajar yang merasa tidak berdaya boleh diminta mengimejkan diri dengan imej yang gagah, berkeupayaan dan berkeyakinan.  Kajian menunjukkan terapi seumpama ini menyumbang kepada pembinaan konsep kendiri.
·         Role –play/Main peranan/Simulasi.  Melalui aktiviti ini pelajar dengan konsep kendiri yang negatif boleh diberikan  peranan/watak yang sesuai untuk menjadikan dirinya lebih positif.  Khususnya bagi murid di peringkat rendah, pemberian  peranan atau  watak  sebagai polis atau hakim boleh membantu meningkatkan konsep kendiri.
·         MemberI khidmat bimbingan dan kaunseling. Kaunseling bertujuan membantu seseorang mengenali diri dan dunianya.  Dengan cara ini seseorang itu dapat mengenali kekuatan dan kelemahan diri dan seterusnya meningkatkan coping skills.
·         Penerapan nilai murni dan konsep redha. Konsep redha penting dalam mewujudkan penerimaan terhadap diri.  Perspektif Islam melihat setiap sesuatu ada hikmahnya.
·         Hargai dan  terima murid atas usahanya dan pencapaiannya secara jujur.
·         Bantu pelajar membina matmat yang jelas, realistic dan boleh dicapai
·         Wujudkan kelompok sokongan e.g buddy support untuk membolehkan pelajar saling membantu bukan memperlekeh kelemahan orang lain.
·         Guru perlu membina personal kualiti seperti yang ditegaskan oleh Rogers; penerimaan tanpa syarat, tulen, empati, tidak melabel, mesra dan nilai-nilai murni yang lain.
·         Membina pernyataan positif dalam diri murid
·         Melayan murid sebagai individu yang unik.
·         Jawapan-jawapan lain yang sesuai


3.         a.  Terdapat pelbagai gaya pembelajaran di kalangan murid.  Nyatakan model gaya pembelajaran individu mengikut Dunn & Dunn (1978). 
(3 markah)
Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat. Model ini berdasarkan prinsip-prinsip di mana  kebanyakan individu mampu dan boleh belajar.   Gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber  dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Model ini menekankan empat gaya pembelajaran iaiatu auditori, visual, tactile dan kinestetik.

b. Pada pendapat anda, bagaimanakah guru dapat menghadapi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dalam proeses pengajaran dan pembelajaran?
(7 markah)
Sampel Hujah.
Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh Dunn dan Dunn (1993) dilihat sebagai alternatif yang lebih sesuai di dalam menzahirkan pendekatan pengajaran yang bersepadu. Menurut Rita dan Kenneth Dunn dalam Meng (1997) menyatakan, “If children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way they learn.”  Maka guru harus  menggunakan pendekatan, strategi dan teknik mengajar yang pelbagai untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid. Pendekatan pengajaran bolehlah berbentuk kaedah kumpulan, perbincangan, sumbangsaran, projek,  eksperimen dan lawatan sambil belajar.

Jawapan-jawapan lain
• Guru perlu mengenalpasti gaya pembelajaran murid-murid sebelum membuat
            perancangan pengajaran & pembelajaran.

• Guru perlu menggunakan gaya pengajaran yang sesuai dengan gaya gaya  
              pembelajaran murid.

• Guru haurs membentuk aktiviti kumpulan berdasarkan gaya pembelajaran   
             murid-murid

• Guru hendaklah menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai
             dengan gaya pembelajaran murid-murid.

• Guru patut menyediakan persekitan pembelajaran yang kondusif  dan sesuai
            dengan gaya pembelajaran murid-murid


4.         a. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget, perkembangan kognitif berlaku secara berperingkat-peringkat.  Terangkan ciri-ciri perkembangan kognitif di peringkat operasi konkrit (7-11 tahun).
                                                                                                                        (3 amrkah)
            Sample jawapan.
Pada peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) operasi mental banyak dikaitkan dengan objek konkrit dan situasi. Kanak-kanak di peringkat berkebolehan menyelesaikan masalah secara konkrit (hands-on) dan logik.  Mereka juga boleh memahami hukum pengekalan dan boleh membuat seriasi dan klasifikasi. Kanak-kanak boleh berfikir melalui beberapa peringkat dan boleh berbalik semula kepada peringkat asal yang diistilahkan sebagai pemikiran berbalik.  Kanak-kanak juga boleh mengklasifikasi mengikut kategori.
b. Bincangkan implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget kepada guru.                                                                                              (7 markah)
Sampel jawapan
Menyesuaikan strategi P&P dan keupayaan murid.
Kajian menunjukkan pemadanan strategi dan keupayaan menyumbang kepada keberkesanan P&P.  Pelajar akan menjadi bosan kerana kegagalan guru menyesuaikan strategi P&P dengan keupayaan murid. Pelajar juga akan menjadi bosan sekiranya aras pembelajaran terlampau rendah atau mereka akan tertinggal di belakang dan menjadi bosan apabila aras pembelajaran terlampau tinggi dan di luar keupayaan kognitif mereka. Penting bagi guru membina padanan yang betul dan mencabar tetapi harus berpaksi pada keupyaan mereka.
Jawapan lain
·         Menyusun isi P&P mengikut peringkat (senang kepada sukar/konkrit –abstrak)
·         Pembinaan pengetahuan berlaku dalam diri pelajar –penglibatan secara aktif
·         Pemahaman terhadap keupayaan berfikir murid
·         Penggunaan BBBM dan BBB yang sesuai untuk membantu pemhaman konsep sesuai dengan aras berfikir murid
·         Pengguna strategi P&P yang sesuai dengan aras pemikiran – model inkuiri
·         Jawapan-jawapan lain yang sesuai



5.         a. Pemikiran boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.  Terangkan ciri-ciri  pemikiran divergen.
                                                                                                                        (3 markah)
            Sampel jawapan
            Pemikiran divergen turut dikenali sebagai pemikiran bercapah.  Tujuan pemikiran divergen ialah untuk menjana seberapa banyak idea daripada sesuatu topik.  Pemikiran divergen berlaku dalam persekitaran spontan dan murid diberi peluang mengeluarkan sebanyak mungkin idea.  selain itu pemikiran ini menggalakkan keaslian, terperinci, fleksible dan lancar.  Murid diberi peluang melihat sesuatu isu/topik daripada pelbagai perspektif.

            b. Untuk meningkatkan keupayaan berfikir murid, antara usaha yang perlu dilakukan oleh guru ialah merangsang pemikiran divergen. Bagaimanakah cara yang boleh dilakukan oleh  guru untuk menggalakkan pemikiran divergen di kalangan murid.
                                                                                                                        (7 markah)
           


Sampel Jawapan
            Sumbangsaran/brainstorming merupakan antara cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pemikiran divergen.  Teknik ini melibatkan penjanaan idea dalam keadaan kreatif dan tidak berstruktur.  Matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menjana idea spontan daripada ahli-ahli kumpulan untuk satu topik dalam satu jangkamasa yang pendek.  Dalam satu sumbangsaran, semua idea direkodkan dan tiada yang dikritik atau diketepikan.  Selepas senarai idea dijana, ahli-ahli kumpulan boleh menilai idea-idea tersebut semula dan mengkritik kesahihan idea-idea tersebut.  Melalui aktiviti ini, pelbagai idea dapat dijana dan setrusnya menggalakkan pemikiran divergen.
            Jawapan  lain
·         Penulisan/Menyimpan jurnal
·         Pemetaan subjek/ mind-mapping
·         Penulisan bebas
·         Perbincangan kumpulan
·         Sesi-buzz
·         Penggunaan teknik CoRT
·         Jawapan-jawapan lain yang sesuai

SOALAN LAIN UNTUK LANJUTAN  AUDIT KENDIRI

1. Psikologi dan Psikologi Pendidikan
1.         a. Psikologi pendidikan merupakan  disiplin yang diberi penekanan kepada kerjaya perguruan.
            Nyatakan pemahaman anda terhadap konsep psikologi pendidikan (5 markah).
b. Huraikan bagaimana pengetahuan psikologi pendidikan membantu guru dalam meningkatkan kualiti P&P. (15)
2          Cikgu Aini seorang guru baru.  Baginya, keutamaan yang perlu diberi penekanan dalam P&P  ialah penyampaian isi pelajaran dan menghabiskan sukatan. Walaupun pernah didedahkan dengan pengetahuan psikologi pendidikan, baginya pengetahuan tersebut dilihat tidak menyumbang kepada proses P&P.  Sejauh mana anda bersetuju dengan pendirian Cikgu Aini (20 m)
2. Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak.
1.         a.Terdapat perbezaan antara konsep pertumbuhan dan perkembangan dalam psikologi.
            Jelaskan perbezaan konsep pertumbuhan dan perkembangan . (5 markah)
            b. Perkembangan Psikososial menurut Erikson banyak  dipengaruhi kelancaran peringkat perkembangan yang dilalui.
Bincangkan bagaimana guru dapat menyediakan persekitaran yang kondusif ke arah pembinaan psikososial yang  sihat bagi murid darjah 3 yang yang berasa rendah diri dan sukar berinteraksi dengan rakan-rakan. (15 markah)
2.         Teori penaakulan Moral Kohlberg menekankan perkembangan moral berlaku dalam tiga tahap. Pada tahap pertama Penaakulan Moral Pra-konvensional, pembinaan moral adalah berorientasikan hukuman-patuh dan orientasi ganjaran. 
Bincangkan kesesuaian hukuman dan ganjaran dalam membantu  kepada pembinaan moral yang baik di kalangan  kanak-kanak (20 markah)
3.  Perbezaan Individu
a. Terangkan salah satu aspek perbezaan individu yang dapat diperhatikan di kalangan murid.
                                                                                                            (5 markah)
            b. Pengetahuan mengenai perbezaan individu dipercayai dapat membantu guru
            meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.  Bincangkan peranan guru 
            dalam menghadapi perbezaan individu di dalam kelas.
                                                                                                                        (15 markah)

a.Terdapat pelbagai gaya berfikir dan gaya belajar di kalangan murid.  Terangkan ciri  gaya belajar yang diamalkan oleh murid kinestetik.
                                                                                                            (5 markah)

b. Bincangkan bagaimana guru harus mendepani gaya belajar yang berbeza ke arah memastikan keberkesanan P&P.
                                                                                                            (15 markah
C.  Di dalam kelas Ahmad sering dilabel sebagai pelajar bermasalah kerana pencapaian   akademiknya terlalu  lemah dan terkebelakang berbanding rakan lain. Cikgu Natrah selaku guru kelasnya melihatnya sebagai pelajar yang tidak menjajnjikan dan mengabaikannya.  Adakah tindakan cikgu Natrah betul.  Jelaskan pendirian anda.
                                                                                                            (20 markah)
4.         Perkembangan Kendiri

Konsep kendiri dilihat sebagai antara yang menyumbang kepada pencapaian akademik.  Terangkan ciri-ciri murid dengan konsep kendiri yang positif.
                                                                                                            (5 markah)
a.Laila berasal dari kawasan pedalaman, tinggal di asrama dan datang dari keluarga  yang mempunyai SES rendah.  Berbanding rakan-rakan lain, yang rata-rata dari SES tinggi, dia merasakan dirinya tidak berkeuntungan dan sering menyendiri.                                                                                                      
Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda dapat membantu Laila membina          konsep kendiri yang positif.
                                                                                                             (15 markah)
                               
 Perspektif Psikodinamik Freud menekankan pembentukan personaliti manusia dipengaruhi oleh tiga komponen utama iaitu id, ego dan superego selain daripada peringkat-peringkat perkembangan yang dilalui.  Beri ulasan anda terhadap kesesuaian pandangan teori ini dalam memahami personaliti murid di bilik darjah.
                                                                                                                        (20 markah)

5. Pemikiran

5.        Terdapat pelbagai jenis  pemikiran  yang perlu dibangunkan di kalangan murid.
            Terangkan ciri-ciri pemikiran kreatif.
                                                                                                                        (5 markah)
Penekanan kemahiran berfikr secara kritis dan kreatif (KBKK) mendapat tempat di     dalam kurikulum persekolahan.  Bincangkan bagaimana KBKK dapat diterapkan di dalam bilik darjah. / Bincangkan cara meningkatkan pemikiran kreatif di kalangan murid.
                                                                                                                        (15 markah)
Pemikiran kritis dan kreatif mampu menjana modal insan yang berkualiti bagi menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi. Namun demikian, sistem persekolahan yang tidak fleksibel dan lebih berorientasikan peperiksaan di Malaysia menyukarkan guru membangunkan KBKK di kalangan murid. Sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan ini.
                                                                                                                        (20 markah)
6.  Teori Pembelajaran dan Proses Pembelajaran
1.         Teori pembelajaran dapat dikategorikan kepada lima aliran yang utama. Nyatakan   kepentingan teri pembelajaran kepada guru.
                                                                                                                        (5 markah)
Teori Behaviorisme menekan kepentingan prinsip peneguhan untuk memastikan tingkah laku pembelajaran berlaku.
Bincangkan bagaimana anda boleh mengaplikasi prinsip tersebut dalam pembelajaran di bilik darjah.
(15 markah)
Prinsip Behaviorisme turut menekankan konsep ganjaran dan dendaan dalam merangsang tingkah laku pembelajaran di kalangan murid.
Berdasarkan situasi semasa di Malaysia, nilaikan kesesuaian dendaan sebagai amalan P&P di bilik darjah.
(20 markah)
Aliran kognitivisme melihat pembelajaran adalah proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia.  Terangkan peranan murid dalam pembelajaran kognitivisme.
(5 markah)
Bincangkan  implkasi teori kognitivisme terhadap amalan guru.
                                                                                                            (15 markah)
Teori pembelajaran sosial menekankan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu murid memerhati dan meniru tingkah laku orang lain.
            Bincangkan sejauh mana tingkah laku baru dapat dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan.
(20 markah)

Antara prinsip Teori Pembelajaran Humanis menekankan konsep pendidikan terbuka. Nilaikan kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.
                                                                                                                         (20 markah)
            Konstruktivisme Sosial yang diutarakan oleh Vygotsky menekankan peranan
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).  Jelaskan konsep ZPD
(5 markah)

            Teori pembelajaran kontruktivisme menekankan kepentingan guru sebagai pemudahcara dalam proses pemelajaran. Bincangkan bagaimana peranan pemudahcara dapat dilaksanakan secara berkesan dalam amalan bilik darjah.
                                                                                                                        (15 markah)

            Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan antaranya ialah ingatan dan lupaan.  Terangkan ciri-ciri ingatan jangka jangka pendek.
(5 markah)

Cikgu Latipah mengajar murid-murid darjah enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.  Perkara yang menjadi masalahnya ialah murid-muridnya sering mengalami masalah meningat semula isi pelajaran yang disampaiakan.
Bincangkan langkah yang perlu dilakukan oleh Cikgu Latipah untuk membantu meningkatan ingatan di kalangan murid-muridnya.
(15 markah)

                7.  Tingkah laku bermasalah
.           a. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid boleh dikategorikan kepada dua
              iaitu tingkah laku bermasalah yang negatif dan tingkahlaku bermasalah yang positif.
              Terangkan ciri-ciri tingkah laku   bermasalah yang positif.
                                                                                                                           (5 markah)
              b. Kemungkinan guru  berhadapan dengan murid  yang menimbulkan tingkah laku
  bermasalah yang positif  adalah tinggi.  Bincangkan cara menangani tingkah laku   
  bermasalah yang positif ke arah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran
  berjalan lancar dan efektif.
                                                                                                                            (15 markah)
Dalam usaha mengatasi tingkah laku disruptif dan memastikan proses P&P berjalan lancar, Cikgu Roslan seringkali menggunakan dendaan kepada murid-murid yang bermasalah tingkah laku.  Sejauh mana anda merasakan tindakan cikgu Roslan adalah betul.
                                                                                                            (20 markah)
8.  Motivasi dan Pembelajaran

Motivasi dilihat sebagai elemen yang boleh mempengaruhi pembelajaran.  Jelaskan kepentingan motivasi.
(5 markah)
Cikgu  Aziz baru dipindahkan dan ditugaskan mengajar kelas darjah enam. Dia diberikan kelas yang agak bermasalah kerana murid-muridnya tidak bermotivasi untuk belajar.  Bincangkan usaha yang boleh dilakukan oleh Cikgu Aziz untuk meningkatkan motivasi murid-murid di kelasnya.
(15 markah)
Keputusan peperiksaan UPSR  di sekolah Sri Cempaka seringkali terkebelakang berbanding dengan sekolah-sekolah lain.  Oleh yang demikian, PIBG dan pihak sekolah telah menjanjikan pelbagai incentive ke arah meningkatkan motivasi pelajar supaya prestasi dapat ditingkatkan.  Sejauh mana anda bersetuju dengan langkah bersama yang diambil oleh PIBG dan pihak sekolah.
                                                                                                                 (20 markah)
9. BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling merupakan antara perkhidmatan yang telah diwujudkan di semua sekolah.  Nyatakan kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
                                                                                                            (5 markah))
Mazni merupakan murid tahun lima dan sentiasa bersendirian, mengasingkan diri dan sukar bergaul dengan rakan lain.  Bincangkan bagaimana anda menggunakan kemahiran bimbingan dan kaunseling untuk membantu Mazni supaya boleh bergaul dengan rakan-rakan lain.
                                                                                                            (15 markah)
Setiap guru dalah kaunselor.  Bincangkan sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan ini
                                                                                                            (20 markah)
Pedekatan kaunseling memfokus kepada usaha pencegahan, pengembangan, pemulihan dan krisis, Nyatakan apa yang dimaksudkan dengan program pengembangan.
                                                                                                            (5 markah)
Sebagai guru tahun 6, anda mendapati sebahagian besar murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSR di kelas anda menunjukkan pencapaian peperiksaan yang lemah dan kurang memberi tumpuan terhadap pembelajaran.  Bincangkan usaha-usaha pengembangan yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah yang  dihadapi oleh murid-murid anda.
                                                                                                            (15 markah)
Untuk membendung masalah disiplin dan tingkah laku negatif dalam kalangan murid, Pengurusan Sekolah Kebangsaan Sri Merlong lebih berminat kepada pendekatan disiplin iaitu dengan mengenakan pelbagai peraturan, dendaan dan hukuman dan mengabaikan peranan bimbingan dan kaunseling.  Beri penilaian anda terhadap langkah yang diambil oleh pengurusan sekolah.
                                                                                                            (20 markah)
Terdapat pelbagai jenis terapi yang boleh digunakan dalam kaunseling kanak-kanak dan antaranya ialah terapi biblio.  Nyatakan apa yang anda faham mengenai terapi ini.
                                                                                                            (5 markah)
Bagaimanakah anda dapat membantu seorang murid yang memiliki konsep kendiri negatif meningkatkan konsep kendirinya melalui terapi biblio.
                                                                                                            (20 markah)
Sebagai kaunselor, antara etika yang menjadi pegangan kaunselor iala kerahsiian.  Dalam keadaan yang bagaimanakah etika kerahsian boleh dikecualikan.
                                                                                                            (5 markah)
Bincangkan kepentingan kerahsiaan dalam proses kaunseling.
                                                                                                            (15 markah)
SAMPEL
Antara prinsip Teori Pembelajaran Humanis menekankan konsep pendidikan terbuka. Nilaikan kesesuaiannya dalam konteks Malaysia
(PENDAHULUAN)
Pendidikan terbuka merupakan antara konsep pendidikan yang diutarakan oleh Mazhab Humanis.  Mazahab ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Maslow dan Rogers. Pendidikan terbuka merupakan satu konsep pendidikan yang melihat pembelajaran manusia mempunyai kaitan dengan emosi dan perasaan.  Manusia dilihat sebgai positif, mengambil inisiatif dan bergerak ke hadapan untuk memenuhi kesempurnaan kendiri.  Dengan kepercayaan ini, pendidikan dilihat  sebagai proses yang datangnya daripada individu itu sendiri dan sama sekali agak bertentangan dengan pandangan Behaviorist. Pendidikan terbuka telah pun dipraktikkan di beberapa sekolah di Barat.  Melihat kepada beberapa prinsip utama teori ini, pendidikan terbuka dilihat sebagai mempunyai kesesuaian untuk dilakasanakan dalam kontes Malaysia.
Iisi-isi untuk menyokong (perbincangan)

Contoh sampel HUJAH MENYOKONG.
   TS Dalam konteks Malaysia, pendidikan terbuka sesuai dilaksanakan kerana ia  memberi kepada ruang pelajar untuk memilih bidang yang ingin dipelajar (CI)  (SM)Ini merupakan antara psinsip asas yang dianjurkan oleh pendidikan terbuka di bawah Mazhab Humanis.  Sudah sampai masanya, pakar-pakar pendidikan menyemak semula kurikulum dan melakukan transformasi terhadap tawaran kurikulum yang diberikan kepada murid.  Apa yang berlaku dalam system persekolahan hari ini ialah pelajar tidak diberi pilihan yang luas untuk menentukan bidang atau mata pelajaran yang ingin di pelajari.  Sebagai contoh, seorang pelajar di sekolah rendah tidak diberi ruang untuk memilih matapelajaran yang disukai,  Kita dapat melihat, misalnya murid yang tidak suka kepada matematik tetapi lebih berminat terhadap bahasa atau muzik dikehendaki juga  belajar subjek matematik.  Implikasinya, pelajar hilang minat dalam subjek berkenaan, dan berkemungkinan menimbulkan masalah dalam P&P.  masalah seumpama ini akan berterusan apabila pelajar ini ke sekolah menengah, dia wajib mempelajari Matematik sehingga ke tingkatan lima.  Persoalan yang ingin diutarakan di sini adakah dengan paksaan dan mewajibkan, pembelajaran akan menjadi seronok atau sebaliknya.  Apakah impaknya.  Pelajar akan hilang minat untuk berada di sekolah dan seterusnya berkemungkinan meninggalkan alam persekolahan.  Jika kita menoleh kepada sejarah pendidikan Negara, sebelum pensijilan terbuka, mereka yang gagal dalam subjek matematik di peringkat  PMR tidak boleh meneruskan persekolahan di tingkatan empat.  Teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner misalnya menjelaskan bahawa seseorang mempunyai puncak kecerdasan yang berbeza-beza.  Sekiranya pelajar diberi autonomi memilih bidang yang ingin dipelajari sesuai dengan kecerdasan yang dimiliki, kita yakin kita mampu melahirkan modal insane yang berkualiti dan inovatif.  Semua ini akan mampu dicapai sekiranya system pendidikan kita sanggip mengamalkan pendidikan terbuka dengan memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar memilih bidang yang disukainya sesuai dengan kecerdasan, minat dan bakatnya. Sebagai cntoh Negara China cemerlang dalam sukan kerana mereka member ruang menyediakan sekolah sukan bagi yang berminat sejak kecil lagi.  Sistem pendidikan Negara seharusnya lebih berani mengamalkan pendidikan terbuka. Walaupun pendidikan kita  telahpun memberi ruang pilihan seumpama ini tetapi pilihan ini hanya terbuka di peringkat tertiari atau university tetapi tertutup di peringkat sekoalah rendah dan menengah.  Sekiranya Negara mengimpikan kecemerlangan dalam setiap bidang ke arah menjana modal insane berkualiti, usaha melaksanakan pendidikan terbuka tidak seharusnya di sekat.   Dengan ini jelas bahawa pendidikan terbuka mempunyai kekuatannya dan sesuai dilaksanakan dalam konteks Malaysia (CN).
SM boleh terdiri daripada definaisi, huraian, narration, data, fakta, contoh/contoh, banding beza dll yang sesuai.

·         Pendidikan terbuka menekankan kepada iklim pembelajaran yang bersifat mesra, penyayang dan tidak mengancam (non threatening).  Sesuai diparktikkan sekarang.  Kaitkan dengan in Loco Perentis, konsep REACH dan hak kanak-kanak untuk diajar dengan cara yang terbaik.
·         Penekanan kepada pembelajaran arah kendiri (self directed learning) dan mengurangkan kebergantungan.
·         Kurikulum terbuka – pelajar diberi ruang untuk memilih bidang yang ingin
dipelajari,
·          Bahan pelajaran yang memberi makna.
·         Pendekatan pengajaran dan Pembelajaran bersifat terbuka, jadual fleksi – cuba lihat bagaimana konsep open university,
·         Murid ada autonomi untuk menentukan sesuatu
·         Ruang pembelajaran yang terbuka –tidak hanya tertumpu dibilik darjah (pemb. maya/virtual learning, oll)
·         Peningkatan rasa tanggungjawab dan keupayaan terhadap apa yang dipelajari.
·         Bersifat terbuka dan merangsang kreativiti –inovasi
·         Bersifat autoritatif, ruang untuk pelajar memilih dan menentukan cora pembelajaran
·         Menekankan aspek afektif dan emotif
·         Pelajar diberi ruang mempelajari apa yang diminati dan apa yang ingin diketahui – minat meningkat dan bersifat intrinsic –tidak timbul masalah tingkah laku dan bersifat inner directed.
·         Penekanan kepada bagaimana cara belajar, bgaimana memperoleh ilmu dan tidak bersifat suapan.  Ini sejajar dengan perkembangan semasa, dunia tanpa sempadan dan ledakan maklumat.  Kaitkan dengan peranan guru sebagai fasilitator.
·         Penilian terhadap kemajuan diri dalam pembelajaran bersifat dalaman.  Pelajar sendiri perlu menilai tahap pencapaiannya-pemahaman kendiri sebagai penilaian lebih bermakna.  Walau bagaimanapun masih perlu belajar memenuhi jangkaan darpada pihak luar. Penilian berasaskan sekolah merupakan titik tolak kepada pendidikan terbuka bukan semata-mata kepada penilian sumatif (UPSR, PMR, SPM dll).
·         Pendidikan terbuka menekankan kepada iklim pembelajaran yang bersifat mesra, penyayang dan tidak mengancam (non threatening).  Sesuai diparktikkan sekarang.  Kaitkan dengan in Loco Perentis, konsep REAH dan hak kanak-kanak untuk diajar dengan cara yang terbaik.
·         Meningkatkan kerjasama, kreativiti dan menurangkan kebergantungan.
·         Meningkatkan tingkah laku positif terutamanya tingkah laku pembelajaran;  (Engagement, Participation, Responsiveness, Responsibility, Collaboration, Communication, Independent activity, Self Regard/Self Esteem , motivation)  
·         Membina lokus kawalan dalaman.