Monday, September 23, 2013

Nota- AKIDAH

AKIDAH

1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1.       MAKSUD IMAN
-          DARI SEGI BAHASA :
§         percaya
-          DARI SEGI ISTILAH :
§         Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

2.       KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
-          membentuk insan muslim sejati
-          supaya istiqamah dalam ibadat
-          melahirkan generasi berakhlak mulia



3.       PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN
·         SYIRIK
·         MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya
·         JENIS-JENIS SYIRIK :
1.         Syirik Jali
-    Maksud :
§         perlakuan syirik secara terang-terangan
-    Contoh :
§         menyembah patung dan berhala
§         menyembah bulan atau matahari
§         mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan
-    Akibat :
§         rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2.         Syirik Khafi 
-    Maksud :
§         tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
-    Contoh :
§         riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
§         ujub (mengagumi diri sendiri),
§         takbur (membangga diri)
-    Akibat       :
§         dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
§         sukar menerima pandangan orang lain

3.       Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :
·         Ia membatalkan iman seseorang
·         Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah
·         Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik
·         Mencemarkan kesucian agama Islam

4.       Cara mengelak perbuatan syirik
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas
·         Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi
·         Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5.       Kesan syirik
·         Membatalkan iman
·         Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah
·         Dimurkai Allah


·         KUFUR
·         MAKSUD :
-          tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

·         JENIS-JENIS KUFUR :
1.       Kufur Hakikat :
-    Maksud :
§          ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah
-    Contoh :   
§          tidak mengakui balasan diakhirat
§          menolak hukum yang terdapat dalam al-quran
§          menyatakan solat fardhu merugikan masa
§          menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi
2.       Kufur Nikmat :
-    Maksud :
§          mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan
-    Contoh :   
§          menggunakan nikmat kejalan maksiat
§          enggan mengeluarkan zakat / sedekah
§          boros membelanjakan harta

·         FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :
§      pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala
§      terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan
§      kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

·          KESAN PERBUATAN KUFUR ….


·         RIDDAH
·         MAKSUD :
-          berpaling atau keluar daripada agama islam

·         SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA
-            Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam
-            Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam
-            Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

·         SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH
-            lemah pegangan agama
-            jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam
-            terpengaruh dengan tawaran kebendaan

·         AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD
-            hubungan suami isteri terfasakh
-            haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam
-            haram dikebumikan diperkuburan Islam
-            menjadi penghuni neraka selama-selamanya

·         CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD
-            memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
-            memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
-            pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

·         TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD
-           menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam
-           sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

·         HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD
-            memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan
-            mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam
-            menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

·         LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD
-           berpegang teguh dengan ajaran islam
-           menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah
-           mendalami ilmu-ilmu agama

·         LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD
-           memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam
-           memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad
-           mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

·         KESAN PERBUATAN MURTAD …


·         KHURAFAT
·         MAKSUD
-            Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

·         CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN
-            mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang
-            mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
-            membuang ancak bagi menghalau hantu
-            mengunjungi kubur yang dianggap keramat

·         FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM
-            iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat
-            terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat
-            ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

·         CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM
-            menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat
-            mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat
-            mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

·         AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT
-            menyebabkan syirik dan batal iman
-            membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia
-            menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik


·         SIHIR
·         MAKSUD
-            ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

·         CONTOH
-           menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna
-           mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan
-           pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

·         PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR
-           perasaan dendam seseorang terhadap orang lain
-           iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang
-           ada perasaan benci terhadap seseorang

·         CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR
-           mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir
-           menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat
-           tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR
-            merosakkan akidah dan membatalkan iman
-            memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah
-            hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

·         HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR
-           supaya akidah seseorang tetap terpelihara
-           supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera
-           supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR
-           membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat
-           membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya
-           banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah


·         NIFAK
·         MAKSUD
-            Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

·         CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
-           berdusta apabila bercakap
-           khianat apabila diberi amanah
-           bersikap melampaui batas apabila bertengkar
-           selalu mungkir janji

·         CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK
-           meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
-           bercakap benar apabila berbicara
-           bersifat jujur dan amanah
-           menunaikan janji

·         AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK
-            menghilangkan sikap percaya-mempercayai
-            melemahkan perpaduan masyarakat
-            menghancurkan kekuatan umat islam



4.       CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
·         Berpegang teguh pada ajaran Allah
·         Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
·         Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

5.       KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
·         Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
·         Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
·         Dilaknat dan dibenci oleh Allah
·         Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

6.       PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK
·         Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
·         Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah
ORANG MUNAFIK
·         Keimanan mereka berpura-pura sahaja
·         Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah
ORANG YANG SEMPURNA IMAN
·         Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
·         Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
·         Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan