Tuesday, February 25, 2014

Keputusan Semester Dua DPLI, SR j-QAF Sudah Keluar!


alhamdulillah..thumma Alhamdulillah..thumma Alhamdulillah..:) bersyukur kehadart Allah yang menciptakan manusia dengan sebaiknya dan boleh berfikir akan kuasa DIA..mungkin ini antara hikmah dan kuasa doa seorang suami..syukur sangat-sangat sebab dapat result yang baik..tak sangka memang betul orang kata rezeki kahwin ni lain..macam sem satu yang lepas ros agak sedikit kecewa...sebab semua subjek lain ros dapat A..tapi satu subjek ni disebabkan kelalaian ros sendiri dan kelemahan yg ada...pointer agak rendah..

tapi sem 2 dalam kelam kabut duk urus nak nikah dan sebagainya..alhamdulillah boleh juga menjawab dengan baik dan dapat terbaik..kawan-kawan ros yang lain pun sme...dapat terbaik juga dalam result diorang..syukur ya Allah..:') apa-apa pun  terima kasih atas doa kawan-kawan, blogger yang sudi singgah..yang sudi berkongsi yang sudi mengambil sedikit input yang ada dalam dua blog yg ros bina..moga ada manfaatnya...:) syukur! :')

Sunday, February 23, 2014

Sambal Belacan.


bismillah...

first time hari ni dekat rumah kibu mertuaku, aku buat sambal belacannnn oi! tak pernah seumur hidup buat tau..serius..sebab selama ni emak ja yg duk buat kat rumah..hehe..kalau tak emak, dak ami yg buat..kali ni aku menunjukkan ketererran ku sendiri..eccewwaaahhh! :P

actually, duk tengok-tengok mak buat sambal belacan tu ros belajar lah jugak sikit-sikit..cuma tak pernah nak buat sendiri..pasni boleh toraiiii lah kot..;)

ashane nak buat tu? mudah jaaaaa...

sediakan cili doploh batang..! melampauu! hamik la ikut suka nak letak berapa banyak..ros hamik dalam 7 tangkat lepas tu amik satu lada merah..tumbukkan semua cili dan lada tersebut, kemudin letak garam sikit ja dan belacan ikut suka.. dah habis tumbuk sampai lumat..belah limau nipis dan perah kan..haaa..senang je..bukan susah sgt pun...ros je yg tak pandai nak buat...tapi alhamdulillah dah siap buat dh punnnn!;) cuma ntah ape rase pun tak tahu...di akhir sekali tadi ros letak asam jawa sket..mak zam yg suh letak..mgkn selera diorg kot..ros kurang sket makan cabai ni..kalau nak makan time mak masak sup..perghhh..memang sedap laaaaa! 

ok, selamat mencuba...;) 

Wednesday, February 19, 2014

Penulisan Akademik- PJK


beberapa hari sahaja lagi nak kena hantar assignment PJK..rasa macam tak dan nak siapkan..tapi dalam duk tak dan masih mencari bahan yang sesuai serta merujuk kepada Pelan Strategik MySihat..terima kasih lah cikgu Mahixan sebab nak jugak suruh kami hantar bahas ni bulan Feb..Cikgu macam tak tahu plak kami sibuk dengan praktikum kan? huhu...apa-apa pun cikgu memang terbaik..:P sangat! :P 

kalaulah cik abang ade...berasa nak suruh dia je buat semua..haha...:D 

ok, daaaa..smbung kerja..

boleh rujuk sini untuk panduan penulisan akademik...

Panduan Penulisan Akademik

Shaklee..


bismillah..

saya bukanlah agen Shaklee..sy sekadar pengguna Shaklee sahaja..setakat ni baru shj 2 minggu consume Shaklee Alfalfa..hari pertama makan ros agak keletihan jugak dan rasa nak membuang shj..lepas tu yang datang lagi adalah MENGANTUK! yang terbaru semalam keluar darah ketika ken..ng..agak-agak apa ya sebenarnya kelebihan alfalfa dan apa sebab yang boleh buatkan darah tu keluar? haishhh! risau! :'( nak tanye dekat cikgu tu segan..sebab yang jual ni cikgu lelaki..hurm, kalau dekat blog ni rasa tak de la sgt pembacanya..heeeee :D 

Sunday, February 16, 2014

Jurnal Mingguan Praktikum - Bahasa Arab (Minggu-2)


2     
الثاني
27-30 من يناير 2014   
تقليل انتياه التلاميذ عن الدراسة
:
:
:
:
عدد جورنل
أسبوع التدريب
التاريخ
الموضوع


وجود المشكلة

في الأسبوع التدريب الثاني كالمعلمة في المدرسة الابتدائية الوطنيّة بوكيت برواغ، وجدتُ المشكلة في عمليّتي التعليم والتعلم خصوصاً في وسط عمليتي التعليم والتعلّم. حينما أعلّم المادة اللغة العربية للصف الثالث كناغا وجدتُ التلاميذ من تلك الفصل لا تنتبه الدرس وبيان المعلومات من المعلم أمامهم.

البحث عن أسباب ظهور المشكلة

ألاحظ السبب الذي تؤدي إلى تقليل الانتباه التلاميذ الدرس هي العطلة الصنّية تقريبًا لهم. يشغل بعض التلاميذ بالكلام مع أصدقائهم ولا تنتبه الدرس. وهم يحبون أكثر أن تكلّم عن العطلة الدراسية من تكلم عن الدرس ومن أن يسمع عن الدرس. أجد هذه المشكلة من حيث السؤال والجواب مع التلاميذ. ومن الأسئلة التي أطرح منّي هي:-

1)   هل أنتم لا بحبون اللغة العربيّة؟
2)   لماذا لم تنتبهوا الدرس؟
3)   هل أنتم تذكرون بالعطلة الصنّية؟
وآخيراً، عندي الجواب بأنهم تنتظرون إلى العطلة الدراسية بمناسبة عيد الصنّي.


تحديد السبب الحقيقي لتلك المشكلة

ومن السبب الحقيقي لتلك المشكلة،  أظنُّ بأنَّ التلاميذ لا تنتبه إلى الدرس لأن المعلّمة لا يستخدم الوسائل المعينة الرائعة للتلاميذ. وأظن أيضا بأن التلاميذ يحتاج إلى التشجيع طوال هذا الشهر الأول. هذا لأن التشجيع من المعلمين وأسرتهم مهم جدّاً كي يفهمون جيداً الهدف ذهابهم إلى المدرسة هي لاكتساب العلم والمعرفة.

البحث عن طروق القضاء على المشكلة

على المعلمين أن تلعب دوراً هاماً في قضاء المشكلة. ومن الطرق لقضاء المشكلة هي:-
1)   على المعلمة أن تستخدم الوسائل المعينة المناسبة لجزب الانتباه التلاميذ.
2)   يجب على المعلمة أن تنصح التلاميذ ويعطوا التشجيع وتذكرة لهم دائماً خصوصا في أول هذه السنة.
3)   تنتبه لمعلمة على التلاميذ الذي لا ينتبه إلى الدرس في كل عمليّة التعليم والتعلم.

انتهت المشكلة

لحلّ هذه المشكلة، لا بدّ عليَّ أن تراجع المعلم المساعد أو المعلمين آخر وأسأل لهم كيفية لجزب الانتباه التلاميذ في الدرس.

* siapa yang nak copy tu boleh copy..ros izinkan..hanya minta korang doakan ros najah dalam DPLI ni..:) dan moga Allah mudahkan juga jalan buat korang semua NAJAH..;) amin ya rabb! :) 

 memang terdapat kesilapan dalam karangan jurnal tersebut..apa-*apa pun ini sekadar contoh sahaja..kalian boleh lah ubah apan yang patut..terima kasih

Thursday, February 13, 2014

Pelbagaikan Teknik Pengajaran.


Alhamdulillah, dalam minggu ke-4 ros berpraktikum ni,.ros telah dipantau oleh kedua-dua pensyarah major dan minor..

sebenarnya nak ceritakan banyak perkara yang perlu ros ubah dari segi cara pengajaran dalam kelas ketika diobserve..ros perlu pelbagaikan aktiviti dan teknik pengajaran..di sini nak kongsikan teknik pengajaran :-

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
DEFINISI
  • Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
  • Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  • Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
  • Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
 
Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
  1. Teknik main peranan
  2. Teknik permainan bahasa
  3. Teknik latih tubi
  4. Teknik bercerita
  5. Teknik inkuiri
  6. Teknik perbahasan
  7. Teknik kuiz
  8. Teknik sumbangsaran
  9. Teknik soal jawab
  10. Teknik simulasi
  11. Teknik drama
  12. Teknik perbincangan
  13. Teknik forum
  14. Teknik dialog
 
TUJUAN TEKNIK
  1. Menarik Minat murid
  2. Mengekalkan perhatian
  3. Membangkitkan ras ingin tahu
 
TEKNIK LATIH - TUBI
  • Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
  • Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
  • Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
  • Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
  • Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
  • Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
  • Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
  1. Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
  1. Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
  1. Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
  1. Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
  1. Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
  • Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
  • Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
  • Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
 
TEKNIK SIMULASI
  • Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
  • Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
  • Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
  • Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
  • Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
 
TEKNIK MAIN PERANAN
  • Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
  • Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
  • Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
  • Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.
 
TEKNIK SUMBANGSARAN
  • Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
  • Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
  • Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.
 
Tujuan Sumbangsaran
  • Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
  • Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
  • Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
  • Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
  • Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
  • Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
  • Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
  • Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
  • Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
  • Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
  • Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan
 
 
TEKNIK PERMAINAN BAHASA
  • Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
  • Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
  • Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
  • Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
  • merangsang interaksi verbal pelajar
  • menambah kefasihan dan keyakinan
  • menyediakan konteks pembelajaran
  • bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
  • bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan
 
 
TEKNIK SOAL – JAWAB
  • Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
  • Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
  • Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
  • Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
  • Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
  1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
  2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
  3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
  • Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.
 
TEKNIK BERCERITA
  • Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
  • Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
  • Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
  • Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
  • Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
  • Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
  • Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
  • Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
  • Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
  • Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
  • Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
  • Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
  • Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
 
TEKNIK DRAMA
  • Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
  • Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
  • Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
  • Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
  • Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
  • Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
 
TEKNIK INKUIRI
  • Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
  • Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
  • Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
  • Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
  • Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
  • Pengendalian teknik inkuiri ialah :
  1. Proses mengenali masalah
  2. Mengkaji ramalan
  3. Mengumpul maklumat
  4. Menganalisis
  5. Membuat rumusa
 
TEKNIK PERBINCANGAN
  1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
  2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
  3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
  4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
  5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
  6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
  7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
  8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
  9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
  10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
  11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
 
TEKNIK FORUM
  1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
  2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
  3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.
TEKNIK PERBAHASAN
  1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
  3. Antara manfaat teknik ini ialah :
  4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
  5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
  6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
  7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
  8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
  9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
  10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
TEKNIK KUIZ
  • Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
  • Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
  • Tujuannya ialah :
  • Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
  • Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
  • Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
  • Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
  • Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
  • Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
  • Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
  • Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagaikaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincanga, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.
Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembeelajaran.
Walau bagaimanapun, guru boleh mengubah suai cadnagna aktiviti pembelajaran jika perlu.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan pelajar. 
Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajarmasing-masing. kaedah dan aktivit yang yang berbeza perlu dirancang untukmurid murid yang berbeza kecerdasan. Contoh kecerdasan ini ialah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara insan dengan penciptanya dan pemahaman tentang alam sekitar.
Berikut diberi penerangan ringkas mengenai kaedah-kaedah ini.
Ekseperimen
kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan
Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.
Perbincangan
Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.
Projek
Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.
Lawatan
Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.
Kajian masa depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.
Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian


boleh lah rakan-rakan guru pelatih aplikasikan...;)

Friday, February 7, 2014

Hari Pertama Observe Dengan GP.

Salam....nak cerita tentang hari ini...ros alhamdulillah da diobserve oleh guru pembimbing iaitu kak siti zubaidah ramle..alhamdulillah...memang banyak penambahbaikan yg perlu ros lakukan..dr segi kom dengan murid..kawalan kelas..syukur yg amat sbb kak siti banyak membantu ros..dan byk nasihat tentang peneydiaan rph...lebih3 lagi gp ros ni byk tekankan ttg penerangan isi kte kpd murid...ros hrp ros dpt buat yg terbaik lg...insyaallah..:)

Wednesday, February 5, 2014

Tahniah Mijah & Deng Dang!

Alhamdulillah...selamat nikah dah cik mimi aye dengan angah dean...syukur Allah panjangkan perkenalan antara mereka dengan pernikahan pada 25 januari yg lepas..mijah ni roomate ros..din ni plak kwn suami ros..kami dh mcm adik beradik..lain mak.lain bapak..hehe...tapi family angah n mimi ros memang kenal..sbb dh mcm adik bradik la katekan..mabruk korg..roros doakan agar bait muslim yg dibina hingga ke syurgaNya..

Contoh BBM yang ringkas

Senang sangat nak buat bbm skrg...liminatekan shj kertas kosong kemudian tulis dengan menggunakan whiteboard marker...lepas pdp boleh pdm perkataan yg ada utk pdp akan dtg...simple je kan..hehe..ni antara bbm ros...simple3 je...:)

Asha Mak Ngah

Dah lama sangat rasanya tak update ttg anak buah...ni lah dia aisy arysha nyer..dh besar..dah pandai nak cakap3..paling best yg ros dengar dia sebut jommmm...apeee la..pastu ngah! Panggil mak ngah dia..kalau sakali tu terkeluar de mulutnya tu mmg gelak besar ler kami sekeluarga..

Syg Asha! :* moga jadi anak yg solehah! ;)