Saturday, November 18, 2017

Thursday, September 28, 2017

Port Dickson

Cerita cuti yang lalu..kebetulan nak balik Sunway..maka singgah sebentar ke PD ni...kengkonon walid nak vacay kat sini lah..tapi tak menjadi..memandangkan Ashraf baru sangat baik demamnya..risau nenek membebel pula kalau si kecik ni demam..jadi kami tak jadi bermalam di sini..

alkisah, walid booked hotel dekat Bukiy Tinggi..plannya balik Sunway dahulu..letak barang. ambil baju baru bagai..esoknya kami ke Bukit Tinggi pula..nantikan entry ibu tentang Bukit Tinggi..

bukan nak bercerita sangat pun..sekadar menyimpan gambar kenangan ke sana sahaja...

psttt..

lepas kami pergi..eh..ramai pulak yg ke sana juga berjalan menikmati keindahan bangunan France..memang cantik lah..suasananya pun sejukkkk aje..

nanti ibu berkongsi lagi yer..😘

Sunday, September 10, 2017

Perkembangan Ashraf 6 bulan

 Perkembangan Muhammad Ashraf Daniel:


Start makan puree..puree yang dah biasa dimakan oleh Ashraf ialah puri carrot, labu, broccoli, pisang, kentang, dan paling ashraf suka ialah kentang mix broccoli..


Pantang kena tinggal sorang-sorang mesti melalak dan nakkan perhatian..


Pantang nampak walid, mesti menangis minta didukung


Over manja dengan walid, walid hilang 360° pusing kepala cari walid


Dah pandai pegang mainan dengan kedua-dua tangan..syabbas bettey..


Dah boleh meniarap dengan jayanya dan kalau tangan tersepit menangis kengkonon ibu walid tolong betulkan tangan dia


Peramah sangat dengan semua orang..lebih peramah dengan LELAKI..


Kuat membebel bila isap sesuatu..seolah nak tumbuh gigi kedua...


Bergolek-golek dengan lajunya..


Percubaan nak merangkak..dah start angkat bontot..patut demam ritu..nak ringankan badannnn..nak merangkak..


Suka mengamuk sorang-sorang kalau tergigit lidah sendiri..


Wednesday, September 6, 2017

Terima Kasih Allah

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..dah lama tak update blog ni..almaklumlah..busy dengan kerenah anak nan seorang ini...syukur Ashraf sudah pun menjangkau ke umur 6bulan pada 3 September yang lalu..bila dah masuk 6bulan ni..maksudnya baby dah boleh diberi makan solid food..makanya ibu dah prepare segala mcm untuk Ashraf semata-mata nak bagi budak sorang tu makan..beli food processor la. beli bekas nak kasi makan la..memacam la ibu sediakan untuk awak..walid pulak beria plan memacam nak sambut awak yg dh masuk 6bulan..plan last minute sebenarnya naik Bukit Tinggi tu. walid memang dah lama sangat berhajat. jadi ibu pun layankan ajelaaaa...hihihi..happy 6month old sayang ibu..semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan buat Ashraf..plus dia pun baru baik demam..insyaallah..ibu yakin Ashraf sihat seperti anak-anak yg lain yer...

Thursday, January 12, 2017

Dua Hari Yang Menginsafkan

 
 
Bismillah..
 
 
Appointment Di PPUM 

Pada 9 Januari yang lalu, sebulan selepas tarikh pertama check up di PPUM pada 28 November..Lama jugak tu nak sampai ke tarikh 9 Januari..dekat sebulan lebih jugak lah..ros menjalani rutin seperti ibu-ibu lain yang datang check up..ambil urine..ambil BP, dan taambahan ade buat ultrasound pada hari tersebut...sebelum pergi ultrasound tengok budak comel ni dalam perut, ros dan zam sama-sama dengar talk tentang ceramah susu ibu...banyak juga ilmu yang dikutip hari itu...ingatkan lepas dah buat ulrasound..jumpa doktor dapatlah balik terus dan memulakan kerja di sekolah sepeti biasa..tapi apakan daya, serius macam terkejut sangat bila doktor cek semua normal, ok..ok..sampai dekat MGTT (minum air gula) ujian air gula tu ros kantoi sebab bacaan selepas tinggi..8.3mmol...terkejut sangat doktor..dan dia request nak tengok bacaan BSP (Blood Sugar Profile) uhhh, doktor..maaf sangat..sy sndr lupa kalau dh kantoi tu kena buat BSP.. 


makanya, doktor menyarankan agar ros dipantau 2 - 3 hari untuk tengok bacaan gula..gila kau! 1bulan missed buat bsp..memang doktor tak izin lah kan..actually, ros adde history gdm diet control waktu pregnantkan humaira'..memandangkan history yg sebelum ini, doktor sarankan adalah lebih baik ibu dan baby dipantau...syukur booked di PPUM sebab doktor sangat concern..untuk kebaikan diri dan baby...paling penting baby..kenalah tinggalkan dulu angan-angan nak ke sekolah dan teerpaksa lah bermalam di hospital...hehehe..


RAMAI YANG TAK TAHU


yer, ramai yang tak tahu ros kena admit...ros hanyaa gtau emak, abah..family mertua dan oentadbir sekolah sahaja..GB pun ros lupe nak habaq kat dia..bukan ape..doktor suruh rehat..kita manfaatkanlah waktu rehat yg ada..tak nak stress dengan soalan-soalan orang yg mungkin sebenarnya concern sgt tentang diri kita kan..handphone pun suami yg bawak balik charge kat rumah..memang kat ros ade hp lagi satu yang tak install whatsapp..tapi ade alquran dalamnya...memang manfaatkan waktu yg ada dengan mengaji..baca Surah Maryam, Luqman, Mathurat dsb.


DUA HARI YANG MENGINSAFKAN

sangat insaf, dikelilingi ibu-ibu yang menantikan kelahiran..ada kes yg air ketuban leaking, kes Plasenta Previa Type 3, kena bed ridden je..tak leh gerak ke mana sangat takut bleeding, kes kencing manis macam ros ni pun tak kurang juga..syukurlah yang tidak punya apa-apa masalah...yang menakutkan apabila diterangkan bahaya jika GDM uncontrolled dan on insulin..allahu..kalau boleh tak nak sampai tahap tu...peratusan untuk dapat GDM kekal lepas bersalin tu mungkin ADA kalau kita tak kawal makan dari sekarang...nauzubillah..dalam ros kawal makan selepas Humaira' meninggal tu..memang manis ni klurang..tapi tindak balas air gula tu sndr dalam badan kita tak tahu kan...redha dan pasrah je untuk harunginya buat kali kedua..mengaharapkan anak ini selamat dilahirkan nnt..yang pasti kena kawal makan sebaik mungkin sebab nak jaga anak dalam kandungan..tak nak bagi baby besar..nnt ade komplikasi lain if bby berat sgt...dan banyak lagi kemungkinan yg sangat menakutkan yg tak bisa ros kongsikan kat sini..nanti sedih..yg pasti ibu GDM ni kena lahirkan anak seawal 38minggu...tak boleh lebih dari due date..


mudahan allah mudahkan semua urusan kita ye anak! selama dua hari doktor pantau ibu..semua ujian kena buat..selain ambil BSP 7point..dktr ambil darah untuk tahu bacaan gula hba1c kalau tak salah namanya..alhamdulillah 5.9..ok la tu..normal..sselain tu..ctg baby...kot ada contraction ke..tapi terlalu awal untuk 30minggu kan? tapi tak mustahil juga..bersedia dan berjaga-jaga..tapi dah 7 bulan ni barang baby pun I tak prepare lagi..kahkahkah..😂😂


sebelum admit ward tu, ros seminggu ke sekolah! 7 hari ok ke sekolah..sabtu ahad pun ke sekolah..tula bila doktor nak admit tu..fikir positif je..mungkin sebab Allah nak bagi aku rehat setelah dua haari penat mengemas kelas...walaupun guru kelas sementara..tapi demi anak murid, pastinya kita nak buat yg terbaik...

insaf rasanya duduk hospital..kalau boleh tak nak duduk lama sebab sejuknya masayaALlah..allah je yg tahu...penat..sakit badan asik baaring aje..boring tayah cakap la kan..angin pun ye jugak dalam badan..sejuk3 tak elok sebenarnya..tapi dah dapat agak ape yang perlu dibawa bila naak bersalin nanti..minyak panassss! hihihi..


MOHON DOA SEMUA


Mohon doakan yang terbaik buat ros, suami dan baby yang bakal menjengah dunia Mac ini insyaAllah...Ya Fattah Ya 'Alim..mudahkan urusan kami sekeluarga Ya Allah...dan berikan zuriat buat yg menanti...aminnn yaa rab! 


Setakat ini dulu, insyaALlah andai ada apa-apa..ros akan update di sini.insyaAllah...😌😌😌

Sunday, January 8, 2017

Percutian Kami di Pulau Pinang Pulau Mutiara

Batu Feringghi, Pulau Pinang.
 
22 Disember 2016 - 24 Disember 2016
 
Sedikit pengalaman melawat bumi Penang, Pulau Mutiara.

Day 1
Check in hotel lebih kurang dalam pukul 3 petang. dah lewat, mata mengantuk..tapi incik suami nasihatkan kita ni berjalan sayang..kena nikmati cui-cuti yang ada dengan baik...setelah menunaikan solat jamak, ros dan suami bersiap-siap keluar mencari makanan...lapar tak ketahuan betul dan bersyukur sangat hotel bajet kami tu sangat dekat dengan kedai makan..nak makan dekat restoran berhadapan dengan hotel tak mampu, makanya kami singgah ke depan sikit di Pak Mid Cafe..menunya pun boleh tahan sedapnya...jadi siapa yang nak ke Batu Feringghi ni jangan susah hati..terlalu banyak kedai makan, kedai dobi, kedai urut kaki pun tak kurang juga...memang menyamankan kalau dapat kena urut.

Station Budget Hotel terletak 5 km dari Taman Negara Pulau Pinang di Batu Ferringhi. Ia mempunyai sebuah restoran dan WiFi percuma di seluruh premis. “Lokasi yg stategik, Mesra pelanggan dan berbaloi dengan kadar bayaran..”

 Station Gold, Budget Hotel yang kami diami selama 3Hari 2Malam..satu malam hanya RM 126 sahaja. murah ke murahhh? hehe...puas hati la jugak..tapi tandas dia kureng sikit..

 Malamnya kami pergi jalan-jalan ke kedai-kedai kecil yang terdapat di tepi jalan. Kalau tengokkan deretan kedai ni dah macam sama dengan Uptown. kami panggil uptown jer..hihi..marah pulak orang Penang kalau baca entry aku ni...
 Pilih jangan tak pilihhhhh! abang lanjer...:)




Day 2

Penang Art Street, Georgetown
 Poyo sangat muka ibu ros kannn? ahahahha...semalamnya dah beli seluar orang Pulau..jadi hari ini ros pakailah seluar yang telah dibeli..sedap aje pakainya..kainnya pun lembut..longgar..patuh syariat sangat! hihihi



 Dah sampai ke Penang Art Street ni, wajiblah kita mengambil gambar disini. Rata-rata pengunjung yang sampai ke sini mesti beratur nak ambil gambar dengan basikal ni..katanya gambar ni fofular! mak tak berapa nak fofular, mak tumpang populariti wall art street ni jah!
Basikal ini kami sewa khas untuk meninjau sekitar Penang Art Street, memang sangat puas hati..laki bini mengayuh, tapi incik suami lah paling banyak berbakti membuat kayuhan, nak suruh mak kayuh kang terberanak mak kat Penang ni kang..hihihi...Sewa hanya RM 10 sahaja. sangat berbaloi untuk masa 1 Jam..andaikata lebih sedikit dari masa kita tak puas lagi bergambar semua tempat..tambah lah RM 10 lagi untuk sejam yang seterusnya...:)

 Ais kepal yang femes emes di PAS...:) 

 Nampak tak muka ibu ros yang kelaparan, dah berjalan seharian...tunggu orang tu pulak solat Jumaat...dah pukul 2 lebih...baru lah dapat makan...

Sedapkan lauk kita...:) ni baru betoi anak pulau! ahaahahah..:)


Petangnyaaaaaa....

 Minum air kelapa...nyaman sangat tekak..ditemani deru ombak...syukurlah...:)

 Rojak Buah..
 Laksa Penang..Sedappppp Oooo! ditambah pulak dengan daun pudina..rasa macam makan ubat gigi Darlie pun hado! 


Keesokannya,

Day 3

Bukit Bendera, Pulau Pinang

yeayyy! kita sekarang berada di Bukit Bendera...Alhamdulillah suami ros beli tiket online..kalau datang lewat, dan baru nak beli tiket.korang tengoklah macamana hara nya nak beratur dengan ramai orang lagi..boleh datang anxiety aku..ahahah..

 gayatttt betul naik Bukit Bendera ni...sampai je puncak menggigil rasa kaki..ketorrr!

gambar ni best! thanks abang..:)

 Alhamdulillah, sekian sahaja cerita kita untuk hari ketiga..kalau larat korang singgah lah bergambar di Hard Rock Hotel,.nak duduk sini mak tak mampu nak! mahaiiiii! hotel ajet3 aje yg mampu..:')
 Amik se gambo kenangan...

kurang-kurang ade lah jugak kenangan dengan HR ni kan...suami ros lah yg berkenan sangat..dia kata ada rezeki lebih lepas ni kita check in sini pulak ye? insyaAllah bang jam!


ok, terima kasih baca entry ros ni...nanti kita update pasal Kellie's Castle pulak ye! ;)

Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertamaku di Sekolah

Bismillah...
 
 
Assalamualaikum wbt semua...
 
SESI PETANG 2017  TANPA TAHUN 1
 
 Hari ini bukanlah seperti hari yang biasa dilalui pada tahun lepas..walaupun hari pertama tanpa murid tahun 1, tetap kami sebagai guru sesi petang dikerumuni ibu bapa yang bertanyakan soalan..lupa barangkali pengalaman yang lalu ketika menghantar anak mereka pada Tahun 1 2016..Tahun 1 bagi tahun 2017 ini telah dipindahkan ke sesi pagi..jadi terasa sedikit kejanggalan apabila murid tahun 1 tiada..bukan apa, jika tidak kami pasti akan melalui hari pertama ini dengan tangisan dan ragam murid tahun 1 yang pastinya pelbagai kerenah...syukurlah jumlah yg ada bagi sesi petang kali ini agak sedikit. Pun begitu, disiplin murid bagi sesi petang tetap juga sama untuk hari pertama ini...terpaksalah mengingatkan semula murid agar tidak berlari-lari dan menjaga keselamatan diri serta rakan mereka yang lain..khuatir kerana kerana terlalu selesa tanpa murid tahun 1, mereka sewenang-wenangnya menggunakan dataran PIBG sekolah sebagai tempat untuk berlari dan sebagainya.
 
SUNYI BETUL KAK SURYA TIADA 

Petang ini, awan dihiasi dengan mendung. Begitulah juga mendungnya hati ini..bukan sekadar hati, bahkan perutku juga turut mendung tanpa makanan! laparrrrrr betul dibuatnya..mana tidaknya, kebiasaannya seperti tahun lepas, Kak Surya lah yang banyak membawa makanan ke sekolah buat kami..bancuhkan kopi, teh, sediakan biskut untuk dimakan, kadangkala dijamunya kami semua guru-guru sesi petang dengan kek coklatnya yang sangat marvelous ituuuuu! serius terasa sangat lapar...😢😢😢
 
 Nampak gayanya kenalah sediakan makanan sendiri mulai esok. Makanan untuk kunyah-kunyah. Kurang-kurang ada juga bahan yang nak dimakan..


MEJA DI BILIK GURU
 
Untuk hari pertama ini, ros keluar seawal mungkin ke sekolah. Tujuannya adalah untuk mengemas meja dalam bilik guru. Seperti dalam entry yang sebelum ini..ros memang tiada rasa untuk menempuh 2017. 
Fokus ros adalah untuk si kecil khalifah yang masih berada dalam perut ini... jadi hari ini memang datang awal sedikit untuk mengemas meja dan membuang segala barang tahun 2016 yang sudah tidak boleh digunakan..nanti ros tepekkan meja ros yang tak lah brapa nak kemas sangat tu..orang lain dah bersedia nak menghadap 2017 ni dengan peembalut baru, tapi ros still dengan kertas pembalut lama..setia sangattttt kannnn? hihihi..nanti kita tepek gambo kita di bawah ye? 
 
 
MUKA BARU 2017 
 
ok..ni muka baru ros untuk 2017...eh, cam same je kannnn?

apa yang nak berubahnya...hihihi.baadan ajelah yg semakin naik....syukurlah atas segala nikmat sihat yang Allah berikan..Alhamdulillah kerana masih dapat bertemu dengan tahun baru 2017...


Selamat bertugas buat semua rakan-rakan baik yang guru, pensyarah, pekebun, pemandu, doktor dan sebagainya...semoga kita semua terus amanah! 😉😉😉