Tuesday, January 3, 2017

Hari Pertamaku di Sekolah

Bismillah...
 
 
Assalamualaikum wbt semua...
 
SESI PETANG 2017  TANPA TAHUN 1
 
 Hari ini bukanlah seperti hari yang biasa dilalui pada tahun lepas..walaupun hari pertama tanpa murid tahun 1, tetap kami sebagai guru sesi petang dikerumuni ibu bapa yang bertanyakan soalan..lupa barangkali pengalaman yang lalu ketika menghantar anak mereka pada Tahun 1 2016..Tahun 1 bagi tahun 2017 ini telah dipindahkan ke sesi pagi..jadi terasa sedikit kejanggalan apabila murid tahun 1 tiada..bukan apa, jika tidak kami pasti akan melalui hari pertama ini dengan tangisan dan ragam murid tahun 1 yang pastinya pelbagai kerenah...syukurlah jumlah yg ada bagi sesi petang kali ini agak sedikit. Pun begitu, disiplin murid bagi sesi petang tetap juga sama untuk hari pertama ini...terpaksalah mengingatkan semula murid agar tidak berlari-lari dan menjaga keselamatan diri serta rakan mereka yang lain..khuatir kerana kerana terlalu selesa tanpa murid tahun 1, mereka sewenang-wenangnya menggunakan dataran PIBG sekolah sebagai tempat untuk berlari dan sebagainya.
 
SUNYI BETUL KAK SURYA TIADA 

Petang ini, awan dihiasi dengan mendung. Begitulah juga mendungnya hati ini..bukan sekadar hati, bahkan perutku juga turut mendung tanpa makanan! laparrrrrr betul dibuatnya..mana tidaknya, kebiasaannya seperti tahun lepas, Kak Surya lah yang banyak membawa makanan ke sekolah buat kami..bancuhkan kopi, teh, sediakan biskut untuk dimakan, kadangkala dijamunya kami semua guru-guru sesi petang dengan kek coklatnya yang sangat marvelous ituuuuu! serius terasa sangat lapar...😢😢😢
 
 Nampak gayanya kenalah sediakan makanan sendiri mulai esok. Makanan untuk kunyah-kunyah. Kurang-kurang ada juga bahan yang nak dimakan..


MEJA DI BILIK GURU
 
Untuk hari pertama ini, ros keluar seawal mungkin ke sekolah. Tujuannya adalah untuk mengemas meja dalam bilik guru. Seperti dalam entry yang sebelum ini..ros memang tiada rasa untuk menempuh 2017. 
Fokus ros adalah untuk si kecil khalifah yang masih berada dalam perut ini... jadi hari ini memang datang awal sedikit untuk mengemas meja dan membuang segala barang tahun 2016 yang sudah tidak boleh digunakan..nanti ros tepekkan meja ros yang tak lah brapa nak kemas sangat tu..orang lain dah bersedia nak menghadap 2017 ni dengan peembalut baru, tapi ros still dengan kertas pembalut lama..setia sangattttt kannnn? hihihi..nanti kita tepek gambo kita di bawah ye? 
 
 
MUKA BARU 2017 
 
ok..ni muka baru ros untuk 2017...eh, cam same je kannnn?

apa yang nak berubahnya...hihihi.baadan ajelah yg semakin naik....syukurlah atas segala nikmat sihat yang Allah berikan..Alhamdulillah kerana masih dapat bertemu dengan tahun baru 2017...


Selamat bertugas buat semua rakan-rakan baik yang guru, pensyarah, pekebun, pemandu, doktor dan sebagainya...semoga kita semua terus amanah! 😉😉😉