Thursday, January 11, 2018

R A S A

bismillah

Assalamualaikum..

sekadar nak berkongsi rasa yang ADA..

dalam hidup ini, tak semua boleh hadham apa yang kita rasa..diri sendiri pun sukar nak hadham..apatah lagi orang lain yg tak merasa..kadang kala orang lihat kita gembira..bila masa la orang tu sedih..nampak gumbira..happy..senyummmm aje..dah takkan nak menangis depan orang...nangis dalam hati jela..bila diluah pada yg sepatutnya pun buat tak dengar aje..

benda yg melibatkan hati ni memang sukar sekali kan..serius dah lama tak rasa sedih macam ni..semalam tahap sakit kepala berat sangat..rasa macam ada batu diikat keliling kepala..ditambah pula ada tetamu..memang rasa nak marahhhh je..boleh jadi akan bertukar hulk bila marah..dah lewat malam pun tetamu tak ada rasa nak balik..lagi rasa nak marah..sedia maklum tetamu bawa rahmat..tapi kalau tak faham situasi kita yg penat bekerja pun tak boleh jadi juga...😭😭😭

rasa sakit dada seolah kena serangan jantung tu datang kembali..sakit yg bersangatan..kadang duk fikir..nak mati dah ka..selalu fikir anxiety datang balik agaknye ni..xapa lah..ujian supaya sentiasa beringat..kadang degil juga dak ros ni..orang kalau tgk aku mesti igt aku baik sgt kot..tapi hakikat aku manusia biasa yg punya rasa nak marah...nak hangin satu badan mak ko ijau..nak campak barang..nak tumbok orang...haaaa..ni yg aku rasa semalam..bukan pasal kerja pun..pasal RASA yg dah disimpan lama..rasa sakit...sakit lebih kepada dendam yg aku tak boleh nak lupa bila aku teringatkan arwah..sakit yg aku tanggung dan orang tak nampak dan aku tak pernah cerita pada mak abah aku apa aku lalui selama 9bulan anak syurgaku dlm kandungan..

hanya aku yg tahu RASA itu..dan orang yg buat aku tu pulak seolah merampas kebahagiaan aku sekali lagi...patutnya dia fahammmmmmmm dia pernah buat aku sakit..

aku harap, sesiapa yg baca ni..doakan aku kuat hadapi segala kemungkinan yg bakal berlaku..sekian